Gotong royong Amalan Murni

 Kemabong: Satu gotong royong melibatkan ibubapa, pelajar dan guru telah diadakan di SMK Kemabong. Gotong royong sempena Kempen Menanam Pokok ini dikelolakan oleh Encik Gilbert Ondoi dan mendapat kerjasama kukuh daripada pihak pentadbiran sekolah, PIBG dan Jabatan Pertanian Daerah Tenom. Seramai  lebih kurang 120 ibubapa terlibat dalam gotong royong berkenaan. Dalam gotong royong berkenaan, guru-guru turut menyumbangkan bibit pokok tanaman seperti durian, cempedak dan limau.

Menurut Encik Gilbert, aktiviti ini merupakan kempen serentak yang dilaksanakan di semua sekolah. Kempen seumpama ini penting untuk memastikan kehijauan alam disamping manafaat dari segi tumbuhan itu sendiri yang menghasilkan buah yang berkhasiat untuk kesihatan.
Terdahulu Encik Rashidie Marujim menasihatkan semua pelajar, guru dan ibubapa agar bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar serta memulihara khazanah alam yang kaya dengan keunikannya. Beliau turut menyeru amalan menanam tanaman jenis buah dibuat disekeliling rumah kerana ini baik untuk keseimbangan alam.
Puan Frances Anggap pula melahirkan rasa berpuas hati kerana sambutan pelajar, guru dan ibubapa yang komited menjayakan gotong royong ini. Menurutnya adalah sesuatu yang baik sekiranya kerjasama seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.

Mengulas tentang aktiviti berkenaan yang turut dihadiri oleh Puan Sabini Ansumor, beliau memuji tindakan proaktif pihak pentadbir sekolah dalam melibatkan pelajar dan ibubapa. “Ini peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang baik untuk alam sekitar. Apabila mereka dewasa kelak, mereka mempunyai kenangan yang istimewa berkaitan dengan sekolah mereka. Diharap ibubapa  puladapat menghayati matlamat kempen ini dan mempraktikkannya di tempat sendiri.”

Menurut Encik  Julius Suab pula, aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan sinaturahim di kalangan ibubapa dan guru. Selain itu Encik Abab Mayah pula berpendapat aktiviti ini sesuai dibuat memandangkan kesesuaiannya mengalakkan anak-anak mendekati pertanian yang boleh menjadi punca kewangan kelak.
Dalam aktiviti berkenaan beberapa ibubapa mencadangkan kepada Puan Sabini untuk mengadakan kempen di kawasan tertentu di Kemabong. Turut dicadangkan ialah kursus atau seminar berkaitan pertanian kepada pada penduduk kampung. Menurut Puan Sabini, idea berkenaan pada zahirnya baik namun perlu diteliti dari segi bujet dan kesesuaian pengisian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: