UCAPAN SEMPENA KRISMAS DAN TAHUN BARU

DRAF UCAPAN KETUA BAHAGIAN SEMPENA SAMBUTAN NATAL DAN TAHUN BARU 
DI GEREJA SIB KG KALAMATOI BARU PADA 24 DISEMBER 2010.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis

Selamat sejahtera, Salam damai, Shallom kepada

-YB Datuk Rubin Balang, ADUN N.36 Kemabong
-YB Datuk Raimie Unggi, AP P.181 Tenom
-Yang Berbahagia, Encik Sumbung Rais, Ketua Kawasan SIB Kawasan Kemabong
-Saudara saya, Encik Salimon Kalagoh Ketua Sidang SIB Kg Kalamatoi Baru
-Yang Berusaha, Encik Andawai Ansumor PJKKK Kg Kalamatoi
-PKR, Encik Sukimin Rukini
-KK, Encik Ungga Payai
-Jawatankuasa Majlis Gereja dan Majlis Pelaksana Sambutan Krismas Kg. Kalamatoi.
-Saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya ahli gereja, dan penduduk kampung.
Tuhan memberkati.

YB Datuk, saudara dan saudari yang kekasih dalam Yesus,

Sebelum saya meneruskan ucapan, terima kasih kepada YB Datuk dan rombongan kerana hadir di gereja SIB Kg. Kalamatoi Baru pada tahun ini.

BERSYUKUR

1.    Syukur saya panjatkan kepada Tuhan dengan limpah kasih dan penyertaan-Nya kita dapat berkumpul bersama dalam acara dan majlis yang gilang-gemilang ini.

2.    Sesungguhnya kita dapat melaksanakan acara dan majlis ini bukan kerana kekuatan kita semata-mata namun kerana Dia yang mengizinkannya terjadi sesuai dengan kehendak-Nya.

KERJASAMA DAN TOLAK-ANSUR

3.    Acara yang sebegini bukanlah mudah untuk dirancang dan dilaksanakan namun kerana saudara dan saudari mempunyai kerinduan untuk bersekutu maka wujudlah kerjasama dan persefahaman. Yang akhirnya membuahkan hasil seperti yang kita lihat hari ini.

TAHNIAH

4.    Jujur saya katakan acara dan majlis ini telah berjalankan dengan lancar dan sempurna. Justeru itu saya ingin merakamkan ucapan tahniah yang tidak terhingga.

5.    Marilah kita saling mengucap tahniah. Berikan tepukan kepada: Semua ahli jawatankuasa yang menjayakannya… (tepukan) berikan juga tepukan kepada diri kita sendiri …. (tepukan), berikan juga tepukan kepada Tuhan yang Maha Baik…. (tepukan)

YB Datuk, saudara dan saudari yang kekasih dalam Yesus,

PESANAN KRISMAS DAN TAHUN BARU

6.    Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang tahun 2010 ini. Kita sedar bahawa selagi kita manusia, ‘tidak ada sesiapa yang sempurna’.

7.    Maka dengan yang demikian saya merayu agar kita saling mengoleksikan diri kita.

-Jika kita ada terlalai, marilah saling mengingatkan.
-Jika kita ada kekurangan, marilah saling melengkapi.
-Jika kita ada tersilap, marilah kita saling membetulkan.
-Jika ada terkasar bahasa, marilah saling bermaafan.
-Jika kita lemah iman,  marilah saling mendorong.
-Jika kita telah sesat, marilah kembali ke pangkal jalan

8.    Bagi mereka yang punya azam tahun lalu dan berjaya, tahniah. Jika ada yang belum berjaya, teruskan usaha yang murni itu, jangan putus asa. Hadapilah tahun depan dengan usaha dan doa. Semoga perancangan dan usaha anda berjaya.

9.    Namun sesungguhnya ‘kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan’.

10.    Dalam jemaat sempena Krismas ini, marilah kita saling, ‘Berubah untuk berbuah’ dengan cara ‘Menjadi terang dan garam dunia’ serta saling ‘Menjadi tiang penjuru’. Akhir sekali biar kita di dalam keluarga, dengan rakan-rakan maupun di tempat kerja, jadilah ‘Pemimpin yang melayani’. ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

PENUTUP

11.    Semoga saudara-saudari akan mendapat berkat yang berkelimpahan. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah meninggalkan kita.

12.    Dengan pesanan yang sedemikian saya akhiri kesempatan saya ini dengan ucapan, ‘SELAMAT HARI NATAL’ dan ‘SELAMAT TAHUN BARU’.

13.    Sesungguhnya yang baik datangnya dari Tuhan, yang buruk datangnya dari kelemahan saya. Sekian, Tuhan memberkati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: