Kenangan Manis di Kg Amboi 2

 Ahli baru PBS bergambar kenangan semasa penyerahan keahlian.

November 14, 2010: PBS Kemabong maju selangkah lagi ke hadapan apabila Ketua Bahagian, Pn. Sabini Ansumor dijemput untuk menerima borang permohonan keahlian lebih 80 orang dan seterusnya merasmikan mesyuarat pengaktifan. Majlis sederhana ini berlangsung di rumah En. Tayus.
Dalam ucapannya, En. Tayus memohon sokongan dan kerjasama daripada semua ahli agar komited dalam memperjuangkan keperluan rakyat di Kampung ini menerusi Parti Bersatu Sabah. Menurutnya lagi, selama ini PBS masih disayangi oleh rakyat khususnya di Kg. Amboi dan berharap agar parti ini terus berusaha menjadi wardah perjuangan rakyat.
 En. Exlis, Ketua Pemuda sedang mengacarakan majlis.
 
Ketua Pemuda, En. Exlis pula menyeru para pemimpin agar tidak mengabaikan kebajikan dan pembangunan di kampung Amboi 2 yang kini telah menyertai PBS. terdahulu beliau menasihati semua hadirin agar mempertimbangkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk mengisi borang keahlian. Seramai lebih 80 borang permohonan telah diterima pada hari berkenaan yang turut disaksikan oleh En. Madis Suman. 
En. Madis Suman pula melahirkan rasa yakin bahawa PBS merupakan pilihan yang tepat kepada pada penduduk di Kampung ini. Menurutnya, hanya kerajaan BN sekarang yang mampu memimpin dan melaksanakan hasrat rakyat untuk menikmati pembangunan dan pembelaan sosio-ekonomi.
Barisan Pergerakan Wanita Kg. Amboi 2
Dalam ucapannya, Pn. Sabini Ansumor melahirkan rasa gembira kerana penduduk di kampung ini memberikan kepercayaan kepada PBS sebagai parti utama mereka. Beliau yakin permohonan ini adalah ikhlas dan hasil pengamatan politik penduduk kampung yang rata-ratanya sudah matang dalam politik tanah air.
Beliau turut memaklumkan beberapa usaha dan kegiatan yang telah dilakukan oleh PBS Kemabong dalam dua bulan terakhir ini seperti berjaya mengadakan Pesta Budaya Murut-Lundayeh, memberikan beberapa sumbangan peribadi kepada kampung yang memerlukan, menyertai kempen di Batu Sapi dan Kongress Tahunan PBS Pusat di Kota Kinabalu.
En. Tayus, Ketua Cawangan PBS Amboi 2
bersama salah seorang AJK Bahagian N.35 Melalap 
 
Menurutnya lagi, PBS sebagai rakan komponen sangat menghormati perjuangan BN dan berharap kerjasama BN ini dapat menarik sokongan rakyat dalam usaha meningkatkan taraf hidup selain memancu pembangunan yang sangat didambakan rakyat.
Berdasarkan trend sekarang, rakyat sangat peka berkaitan dengan keberdaya-saingan dan keterjaminan dari segi hak dan khidmat. Lantaran itu, PBS Kemabong, menurutnya tidak akan berhenti untuk menyuarakan rintihan rakyat dan berharap kerajaan dapat memberikan tumpuan dan agihan peruntukkan yang lebih di kawasan pedalaman terutama menerusi RMK10.
Sebahagian penduduk sedang duduk mendengar ucapan
 
Mengulas ucapan Ketua Bahagian, En. Julius Suab, optimistik bahawa jika komitmen kerajaan tidak berubah dan ketransperansi dalam pentadbiran menjadi agenda utama, beliau percaya rakyat akan terus memberikan mandat kepada kerajaan dalam mengemudi kawasan ini. 
“Saya telah diyakinkan oleh PBS bahawa hak dan perjuangan kami menjadi keutamaan. Sebab itu, saya bersama-sama bahagian ini berusaha untuk meyakinkan rakyat hala tuju perjuangan PBS adalah lebih baik dari PKR dan SAPP.”
Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Anggoh Mayah (Naib 1), En. Florentius Alex (Setiausaha), En. Julius Suab (Bendahari), En. Sabpinar Sakai (Bendahari Pemuda), Pn. Joniah Leyan (Setiausaha Wanita) dan En. Madis Suman (Ketua Penerangan PBS N.35 Melalap).

Leave a comment