Bantuan membina gelanggang

Kemabong, 12 November 2010: Penduduk Kampung Abul menarik nafas lega apabila mereka dilawati oleh Pn. Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong. Beliau melawat kampung ini atas jemputan dari beberapa penduduk kampung sempena gotong-royong membina tapak gelanggang permainan.

Encik Tahim Yansuku ketika mengalu-alukan kedatangan beliau melahirkan rasa gembira atas kesudian Puan Sabini melawat. Menurutnya lagi, bahan mentah untuk pembinaan gelanggang berkenaan disumbangkan sendiri oleh Puan Sabini Ansumor.

Dianggarkan seramai 25 orang pemuda dan pemudi dari kampung berkenaan bertungkus lumus berganding bahu menjayakan gotong-royong berkenaan. Difahamkan bahawa bahan berkenaan masih belum mencukupi kerana pengubahsuaian dari pelan asal yakni sebuah gelanggang sepak takraw kepada gelanggang bola tampar.

“Saya mahu membantu mereka sehingga usaha mereka ini mencapai kejayaan,” kata Ketua Bahagian sambil menegaskan bahawa kaum muda mudi adalah aset dan pelapis kepimpinan negara. Mereka ini menurutnya perlu diberi perhatian agar mereka sentiasa pada landasan yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: