Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PBS

 Kelihatan pelbagai ragam pengunjung yang hadir memeriahkan majlis itu.
Pada tanggal 03 Oktober 2010 (Ahad) yang lalu, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah melaksanakan dengan jayanya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PBS bertempat di Airport View Hotel di Tanjung Aru. Majlis  ini diurus oleh Datuk Jahid Jahim, Datuk Jamilah Sulaiman dan beberapa tokoh pemimpin Muslim PBS dan mendapat restu serta galakkan daripada Presiden PBS, Tan Sri Datuk Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan, menteri-menteri kanan kerajaan negeri, Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama (TYT). Majlis ini mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari awal pagi lagi.
Beberapa artis tempatan telah memeriahkan majlis ini dengan menyumbangkan lagu bertemakan Hari Raya. Turut menyampaikan persembahan ialah anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan. Timbalan Presiden, Ybg Almuddin Kaida turut memperdengarkan lagu yang menarik.
Antara acara yang ditunggu-tungu ialah acara makan.
Menurut Tan Sri Datuk Panglima Joseph Pairin Kitingan, acara ini merupakan platform bagi integrasi kaum yang menjadi acuan kepada perpaduan. Perpaduan menurutnya menjadi tunggak bagi kestabilan negara. Menurutnya lagi, acara seumpama ini telah lama dipratikkan dalam PBS sebagai sebuah parti yang berbilang kaumdan agama. Inilah yang menjadi contoh terbaik gagasan 1 Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: