Jamuan Jawatankuasa PBS Kemabong

Kg. Kalamatoi, 25 SEPTEMBER 2010: Satu jamuan tertutup telah diadakan di rumah Ketua Bahagian PBS Kemabong, Ybg Pn. Sabini Ansumor. Jamuan ini dihadiri oleh sebahagian besar ahli Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian dan Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, En. Anduul Ekup; Naib 1, En. Anggoh Mayah; Naib 2, En. Dawat Baru; Setiausaha, En. Florentius Alex; Bendahari, En. Julius Suab; Penerangan, En. Robert Labong; AJK Kecil, En. Amat Ukab, En. Ansurung Arat, En. Masirin Antikoh. Orang kuat dari kalangan pemuda dan wanita ialah En. Andin Ambaris, En. Sabpinar Sakai, En. Alum Ansuku, En. Don Tarid, Pn. Tilinah Fung, Pn. Senuwati Esui, Pn. Jorniah Leyan, Pn. Noraidah Ampagas, Pn. Maslin Tiang, Pn. Sabin Ansumon dan beberapa penyokong kuat PBS yang lain.

Menurut Pn. Sabini Ansumor, terdapat empat matlamat utama jamuan ini iaitu, (1) sambutan ulang tahun pengaktifan PBS Kemabong yang ke 1 tahun 1 bulan; (2) sambutan ulang tahun ke 25 PBS; (3) sambutan ulang tahun ke 6 anak ke-3 Ketua Bahagian dan; (4) mengeratkan hubungan sinaturahim di kalangan AJK peringkat Bahagian.

“Kita mahu hubungan di kalangan ahli itu sentiasa kukuh. Kita rasa sedih sebab ada ahli yang tidak dapat hadir, namun kita akui kelemahan bahawa makluman yang pendek menyebabkan mereka sukar hadir. Saya juga dimaklumkan ada yang hendak datang tetapi tidak mempunyai kenderaan. Maklumlah Kemabong ini sebuah kawasan yang luas.” kata Ketua Bahagian.

Pelbagai jenis masakan yang disediakan sendiri oleh Pn. Sabini dan Setiausaha Bahagian menjadi jamahan para hadirin. Antara yang menarik ialah ‘HINAVA’ iaitu sejenis lauk ikan yang tidak dimasak sebaliknya diperam dengan air limau nipis.

“Kalau masuk pertandingan masakan tradisi, Hinava ini ada harapan digemari ramai walaupun tidak menang.” kata En. Florentius Alex sambil merujuk pada Pertandingan Memasak Masakan Tradisi Murut-Lundayeh yang bakal dilaksanakan pada akhir bulan Oktober 2010 ini. Lauk Hinava bukan masakan tradisi kaum Murut-Lundayeh dan popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
“Ini pertama kali saya makan Hinava. Mulanya saya rasa geli tetapi selepas makan, saya mahu lagi,” kata En. Alum Ansuku.
Dalam majlis tidak formal ini, En. Alum telah menyumbangkan lagu Murut dan mendapat tepuk ramai. Apabila ditanya adakah beliau akan mengikuti Pertandingan Karaoke sempena Pesta Budaya kelak, beliau memaklumkan bahawa, kemungkinan itu tetap ada cuma dia takut peserta lain tidak mendapat tempat pertama sebab dialah juaranya.
“Inilah pertama kali saya sampai ke rumah Ketua Bahagian. Di sini, saya dapat mengenali Ketua Bahagian dengan lebih rapat dan sangat bersyukur hadir di Jamuan ini,” kata Pn. Noraidah Ampagas, Timbalan Ketua Wanita.
“Saya berharap acara seumpama ini menjadi acara sampingan yang kerap dibuat pada masa akan datang,” kata En. Sabpinar Sakai. “Kalau boleh untuk tidak membebankan Ketua Bahagian, kita buat cara Pot Luck,” tambahnya. Pot luck ialah para ahli membawa masakan dari rumah dan dihidangkan untuk dimakan bersama dalam jamuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: