Laporan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kemabong tahun 2010

 Wajah ceria para perwakilan (ketua cawangan & AJK Bahagian)

28 Ogos 2010, Kuala Tomani: Tanggal 28 Ogos ini bukan hanya sebagai tarikh ulang tahun pengaktifan semula PBS Kemabong malah tarikh berlangsungnya AGM kali pertama parti ini. Difahamkan bahawa AGM ini dirasmikan oleh Naib Presiden PBS, Datuk Radin Malleh dan Pengerusi Tetap AGM Bahagian ialah YB Johnny Goh. Pengerusi Tetap bagi AGM Pemuda ialah En Jenson Tamiou dan Wanita ialah Pn. Rosnah Ullap. Kedua-dua mereka ini merupakan Exco Pemuda dan Exco Wanita PBS Pusat.

Turut hadir dalam AGM ini ialah CDO En. Madius, PKR En. Balsius, rombongan dari PBS N.35 Melalap, WKAN, Ketua Kampung, PJKK dan perwakilan serta pemerhati dari cawangan, pergerakan pemuda dan pergerakan wanita. Dianggarkan seramai 270 pengunjung hadir. Turut menyerikan AGM kali ini ialah penyambut tetamu dari suku kaum Murut dan suku kaum Lundayeh yang kelihatan cantik dengan pakaian tradisi mereka.
Penyambut tetamu dari suku kaum Lundayeh
 Penyambut tetamu dari suku kaum Murut
Beberapa usul yang merupakan isu utama penduduk kampung N.36 Kemabong disuarakan pada kali ini seperti isu tuntutan tanah adat, isu kelewatan penyukatan tanah, isu pembangunan infrastuktur, isu perkongsian kuasa, isu memantapkan PBS dan BN, dan isu pengagihan PPRT dan Kebajikan.

Pn. Sabini Ansumor sedang menyampaikan ucapan 
Pn. Sabini Ansumor, Ketua Bahagian N.36 Kemabong dalam ucapannya menyeru agar permasalah rakyat seperti pembangunan infrastruktur dan pembangunan modal insan diberi perhatian oleh kerajaan. Beliau turut memaklumkan permasalahan akar umbi BN yang sangat signifikan untuk memantapkan BN umumnya dan PBS khasnya. Turut disentuh oleh beliau ialah cabaran-cabaran semasa dan tujuan serat matlamat perjuangan rakyat yang masih belum dicapai. Beliau yakin dan optimis, perjuangan rakyat ini mampu digalas oleh PBS melalui sokongan pengikut PBS dan rakyat umum dan adanya kerjasama dari rakan BN.

YB Johnny Goh sedang menerima cendera kenangan dari 
En. Anggoh Mayah, Pengerusi Pelaksana
YB Johnny Goh pula ada menyentuh berkaitan perlunya perpaduan dan kerjasama dalam parti dalam usaha memantapkan parti. Menurutnya, PBS sangat mengambil beratkan kemakmuran dan perpaduan dalam usaha bersama memperjuangkan rakyat.
Datuk
Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri pula melahirkan rasa sedih kerana perjuangan rakyat belum selesai dan berharap PBS mampu dijadikan platform oleh rakyat untuk membantu mereka. Beliau turut menyentuh dan mengongsikan beberapa contoh yang baik yang dapat dilihat dari kepimpinan Tan Sri Presiden.

 Kaunter pendaftaran diserbu perwakilan dan pemerhati
En. Anggoh Mayah, Naib 1 Ketua Bahagian dan merangkap Pengerusi Pelaksana melahirkan ucapan ribuan terima kasih dan bangga dengan kehadiran, kerjasama dan komitmen semua pihak sehingga AGM tahun ini berjaya dilaksanakan.
Menurut En. Anduul Ekup, AGM kali ini meskipun sederhana namun memberangsangkan. Beliau turut mengingatkan semua ahli PBS supaya menyokong BN. Selain itu, dia turut mengingatkan semua anggota komponen supaya saling bekerjasama supaya BN mantap.
Sebahagian perwakilan sedang membaca outlet yang disediakan.
“Saya yakin rakyat kini semakin matang. Mereka tahu mana pemimpin yang baik dan tidak. Mereka boleh memilih parti mana yang harus menjadi landasan mereka berjuang. Saya harap mereka memilih PBS dan menyokong BN. Terpulang kepada kepimpinan BN mengemudi politik negara,” kata En. Florentius Alex, Setiausaha Bahagian.

Sebahagian perwakilan wanita sedang bermesyuarat. Kelihatan di dinding ialah 
gambara-ambar aktiviti PBS Kemabong sesi 2009-2010

Beberapa perwakilan dan pemerhati yang ditemui memaklumkan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan pencapaian dan usaha Ketua Bahagian. “Di sini (di hadapan dinding dalam dewan yang dipenuhi gambar-gambar aktiviti), saya melihat banyak aktiviti PBS Kemabong. Ini membuktikan PBS banyak melalukan aktiviti. PBS di Kemabong adalah aktif dan prihatin dengan perjuangan rakyat.”
Para perwakilan Pergerakan Pemuda dan AJK Pergerakan Pemuda 
bergambar kenang-kenangan
En. Julius pula menyentuh tentang laporan aktiviti PBS sepanjang sesi 2009-2010. “Tidak sangka banyak yang PBS Kemabong telah buat. Memang saya juga sekali sekala ada mengikuti rombongan KB melawat atau melakukan aktiviti parti. Ya. KB ada melakukan aktiviti ini.” En. Anggoh pula memaklumkan bahawa dalam laporan itu beberapa perkara telah tercicir dari dimasukkan seperti; penyerahan momurandum kedaifan infrastruktur kepada Pengarah JKR Negeri, En. John Anthony; dan Mesyuarat Pertandingan Bola Sepak Piala Presiden. “Banyak lagi aktiviti yang tidak dimasukkan. Mungkin rekod tercicir. Namun kita mahu ahli PBS tahu bahawa KB ada menjalankan tugas.”

Perwakilan wanita bergambar kenang-kenangan
dengan AJK Pergerakan Wanita

Menurut PN. Sabini, kejayaan mengadakan banyak aktiviti lawatan sosial dan lawatan kerja serta aktiviti seperti Mini Kongres, Pertandingan Memasak adalah atas usaha kolektif semua pihak dalam PBS. “Ini bukan hasil saya seorang. Ini mesti melibatkan usaha, sumbangan dan pengorbanan semua pihak yang prihatin dengan perjuangan rakyat. PBS hanyalah parti, rakyat yang pakai parti ini untuk perjuangan mereka. Kita di pentadbiran PBS sebenarnya berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau dengan ceria meskipun keletihan. “Terima kasih kepada semua. Semoga Tuhan memberkati,” tambahnya lagi.

Jawatankuasa Bahagian dan VIP sedang menyanyikan lagu Barisan Nasional

Dalam AGM kali ini, beliau dalam Ucapan Dasarnya mempromosikan konsep kepimpinan berkesan dengan memberi pendekatan kepada ‘Pemimpin Melayani’ dan formula memantapkan PBS melalui pendekatan KERANA SABAH (KRNS) yang berteraskan: (1) Ketrampilan baru; (2) Resepi baru; (3) Nafas baru; dan (4) Suara lantang.
“Saya tidak katakan PBS tidak releven. PBS sekarang ini telah masuk dalam senario yang agak baru, jadi PBS perlu pendekatan baru. Tidak salah untuk kita mencari dan mengaplikasi pendekatan baru. Yang penting kita masih berpegang pada tujuan dan matlamat perjuangan yang asal. Pemimpin hebat dan realitis seperti Tan Sri Huguan Siou masih kita sokong. Tidak ada pemimpin yang dibuang, hanya pendekatan baru yang diserapkan,” kata Pn. Sabini.

Pemerhati dari PBS N.35 Melalap sedang menyanyikan lagu

Ada perwakilan memohon penjelasan lanjut berkaitan suara lantang. Menurut Pn. Sabini, banyak usaha dan kejayaan dicapai oleh PBS Pusat dan PBS Kemabong, namun kerana kurang hebahan dan pengaliran maklumat ke akar umbi maka seolah-olah PBS tidak buat apa-apa. 
Menurut En. Florentius, biarlah kita bertelur sebiji riuh sekampung daripada diam-diam, hujung-hujung tuan kita (rakyat) akan sembelih kita, fikir kita tak berguna, tiada telur. Inilah yang sebenarnya pembangkang sedang buat. Mereka menidakkan sumbangan PBS dan boleh menjejaskan sokongan rakyat.
Antara AJK Bahagian sedang berbincang persediaan Pesta Tradisi
“Inilah masa PBS diberi lebih ruang untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau asyik dibolot oleh parti tertentu dan PBS ditutup, maka PBS tidak akan dapat memberikan sumbangan aktif menaikkan sokongan rakyat kepada BN. Pengikut PBS mungkin akan lari kepada pembangkang. Mungkin ini mampu melumpuhkan BN,” kata En. Florentius lagi.
Sebahagian barisan AJK Bahagian bergambar kenang-kenangan.
Dalam majlis ini, masa beberapa minit diambil untuk memperingati pemergian (meninggal dunia), En. Lusar Ansinum yang meninggal semasa PBS Kemabong sedang bersiap sedia mengadakan AGM. “Kehilangan beliau sangat terasa. Kita kehilangan pejuangan watan yang didikasi dan setia. Kita sangat sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah,” kata ketua Bahagian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: