Ucapan Alu-aluan Ketua Bahagian N.36 sempena AGM PBS 2010

UCAPAN ALU-ALUAN
KETUA BAHAGIAN
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.
            Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan serangkap pantun;
            Dua tiga tokook berlari,
            Manakan sama si tokook manis,
            Dua tiga dapat ku cari,
            Mana sama parti PBS
Sesungguhnya pada hari ini, selepas menanti dengan sabar, berdoa dengan tekun dan berusaha dengan penuh jerih, akhirnya kita dapat bertemu semula dalam Mesyuarat Agung Tahunan tahun 2010.
Pertemuan ini tentulah bukan sekadar pertemuan biasa, pertemuan ini jika dihayati, dipergunakan sepenuhnya mampu menjadi medium untuk saudara dan saudari saling bertukar fikiran dan pandangan  serta informasi, yang mana akan mengukuhkan jati diri dan memantapkan perjuangan saudara dan saudari.
Memang banyak parti di luar sana, namun saya yakin dan percaya, PBS merupakan pilihan yang terbaik dan tepat. Inilah parti kita, parti watan Sabah harapan bangsa memperjuangkan perjuangan yang belum selesai. Mungkin ada yang berfikir PBS sudah layu. Tahukah saudara dan saudari, parti ini sebenarnya belum layu perjuangannya. Yang layu sebenarnya kita. Perjuangannya belum selesai dan perjuangannya ini adalah perjuangan murni untuk Sabah dan keturunan akan datang.
Kita boleh mengubah keadaan ini, parti kita menunggu gerak langkah dari saudara dan saudari. Buah fikiran dan pengalaman kita, jika diadun bersama menjadi satu usaha, satu matlamat dan satu suara. Kombinasi ini akan memantapkan parti kita dan akhirnya PBS menjadi parti pembela Sabah. Parti yang kelak akan mengubah senario politik menjadi rakyat lebih permai, membangun dan bermaruah.
Usaha saya seorang tidak akan berhasil, usaha pemimpin-pemimpin juga akan gagal jika saudara dan saudari tidak menyokong. Pergorbanan dan perjuangan sahabat dan saudara kita yang terdahulu akan sia-sia jika kita asyik teraba-raba dan tercari-cari. Janganlah tercari-cari akan parti lain.
PBS seumpama rumah kita, kita tahu di mana dapur, di mana bilik. Secantik-cantik rumah orang, itu rumah orang. Jika saudara dan saudari masuk ke rumah itu, saudara perlu mengikut perintah tuan rumahnya. Saudara perlu menyesuaikan diri dan saudara perlu bekerja keras supaya diterima dan menyenangkan hati penghuni awal. Namun dalam PBS, saudara dan saudari adalah pemilik rumah ini. Jika ada rakan yang tertidur, mari kejutkan. Jika ada rakan yang terlalai atau terlepas pandang, mari tuntun ke pangkal jalan.
Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memang akan ada pihak yang bersedia menanggung beban itu, namun adakah rakyat kita sanggup membayar upahnya? Mungkinkah seumpama `keluar mulut harimau, masuk mulut buaya?’
Saudara dan saudari,
Tahniah saya ucapkan kepada kejayaan saudara dan saudari kerana hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini. Kehadiran saudara dan saudari ini menrupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada parti. Jika tanpa saudara, apalah yang ada pada PBS. Komitmen saudara amat sukar dibayar, alangkah baiknya parti ini jika mampu melegakan rintihan usaha saudara dan saudari.
Begitu juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Barisan Jawatankuasa Bahagian dan kedua-belah sayap yakni Pergerakan Pemuda dan Wanita. Kamu sudah berusaha dan rakyat menilai sumbangan dan usaha kamu. Secara pribadi, saya tabik dengan kerjasama kamu dan barisan sedemikianlah yang parti kita mahu, yakni parti yang boleh bergerak dan memperjuangkan rakyat. Ingatlah rakyat kita semakin cerdik, mereka tahu mana pemimpin-pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat. Sememangnya marilah kita mengkoleksikan diri dan membuat penambah baikan supaya masih releven pada parti dan rakyat.
Pastinya ucapan ribuan terima kasih tidak lengkap jika tidak ditujukan kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana yang banyak mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini. Sumbangan saudara dan saudari kiranya, beroleh berkat dan kasih yang berkelimpahan.
Kepada YB Datuk dan rombongan, terima kasihlah atas kunjungan ke Kuala Tomani ini. Dengar sahaja namanya, seolah kampung ini di kuala, namun sebenarnya jauh di pedalaman. Walau bagaimanapun, kami tidak segan menerima kehadiran YB Datuk dan rombongan. Umpama kata, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.’ Semoga YB Datuk dan rombongan seronok mengunjungi kami. Walau bagaimanapun harap-harap, jalanraya kami yang kurang menyelesakan tadi, tolong-tolonglah panjangkan ke pihak berkenaan untuk diperbaiki, begitu juga dengan isu tanah yang merimaskan hati rakyat Kemabong.
Baru-baru ini, dikala kita sibuk mempersiapkan diri mengurus Mesyuarat Agung Tahunan, salah seorang sahabat dan saudara kita, Arwah Lusar Ansinum telah meninggal, kembali ke pangkuan Tuhan. Belum pun puas kita bergurau senda sambil bahu membahu dalam perjuangan, beliau telah tiada lagi. Kami di Bahagian sangat kehilangan seorang negarawan dan pejuang watan yang didikasi dan amanah. Semoga Tuhan memberikan penghiburan kepada ahli keluarganya yang tinggal. Mari kita bertafakur sejenak… 

Apapun bagi kita yang tinggal di sini, marilah kita meneruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
            Sebelum mengakhiri ucapan ini, sedikit nasihat dari saya; jadilah ‘Pemimpin yang Melayani, bukan Pemimpin yang Dilayani.’  Memandangkan kita semua adalah pemimpin, renung-renungkan pepatah berikut: “Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan.” Akhir sekali untuk PBS dan Sabah, realisasikan ‘Berubah untuk Berbuah’ ingatlah, pokok yang terbiar, kalau ditrim, dia jadi lebih cantik dari pokok import.  Selamat bermesyuarat.
Ikhlas daripada;
SABINI BINTI ANSUMOR,
KETUA BAHAGIAN PBS, N.36 KEMABONG
EXCO WANITA PBS PUSAT,
AHLI MAJLIS DAERAH TENOM
EXCO WANITA DAN HAL-EHWAL KELUARGA P.181 TENOM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: