Bulat Kata Kerana Muafakat

Sebahagian Ahli Jawatankuasa Bahagian yang hadir

Tenom, 15 Ogos 2010. Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 PBS Bahagian Kemabong, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat PBS Melalap di Tenom. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Bahagian, Pemuda dan Wanita yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian, Pn. Sabini Ansumor.
Difahamkan  bahawa hampir kesemua ahli Jawatankuasa Bahagian hadir kecuali En. Lusar Ansinum yang terlantar di Hospital akibat sakit. Makluman awal menunjukkan bahawa beliau menghadapi jangkitan di paru-paru dan kemungkinan ketumbuhan di kepala. Para ahli telah bertakaful sejenak mengiringi perjuangan sahabat baik dan rakan kuat PBS mereka.
Menurut maklumat, Mesyuarat Agung Tahunan tahun 2010 akan diadakan pada 28 Ogos 2010 yang akan diadakan di Dewan Kuala Tomani dengan dirasmikan oleh Datuk Radin Malleh, Naib Presiden PBS merangkap Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Ahli mesyuarat sedang meneliti kertas kerja yang dibentangkan
Pada dasarnya kami telah mencapai kemajuan berhubung beberapa perkara terutama sekali mengenalpasti kepincangan yang dihadapi oleh rakyat. Brain storming seumpama ini bukan hanya merapatkan jurang perbezaan pendapat dan pengetahuan malah mengeratkan lagi hubungan kami sebagai satu keluarga satu jentera yang sehaluan.
 
Beberapa Perkara yang mendapat perhatian semasa mesyuarat ini ialah, Isu Tanah; Isu Kewarganegaraan; Isu Kerjasama BN; Isu Pengagihan Peruntukkan; Isu Pembangunan dan Isu PATI.
“Kita  menganggap  semua isu ini sebagai  isu kritikal yang perlu diambil perhatian dan tindakan segera bukan hanya oleh kita malah sepatutnya menjadi isu Nasional yang  menentukan releven atau tidak PBS dan BN. Isu ini berpotensi menjadi senjata ampuh pembangkang dalam PRU-13 kelak,” kata Ketua Bahagian.

En Amat sedang melaporkan isu politik di zon jagaannya

“Kita dalam PBS peka dengan permasalahan rakyat, kita  tidak akan  tunduk kepada  tekanan. Kita tidak akan menyalak di luar. Kita mahu  memperjuangkan isu-isu ini  dengan  tegas namun menerusi saluran yang  betul,” tegas  En.  Anggoh,  Naib 1  Bahagian.
“Benarkah parti komponen tidak ada peruntukkan? Saya nampak UMNO banyak duit. PBS juga patut ada peruntukkan. Jika tidak kita tidak dapat jaga orang, orang akan lari. Perjuangan tidak cukup jika tidak ada duit. Susah mahu bergerak,” kata En. Masirin.
Menurut Pn. Sabini, setakat ini PBS Bahagian belum mendapat sebarang peruntukkan. Keprihatinan dan semangat juang ahli yang sanggup berkorban membiayai parti bahagian sebagai satu usaha murni yang ditujukan kepada kepentingan rakyat. “Terima kasih atas pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kamu, moga Tuhan memberkati,” katanya.

Suasana panas berhubung kebajikan rakyat dan pemilikan tanah

“Isu  Tanah bukan boleh dianggap remeh. Penduduk kampung bukan meninggalkan tanah mereka dengan rela. Kerajaan British dan USNO ketika itu telah mengarahkan penduduk kampung pindah ke kawasan dekat bandar kononnya untuk memudahkan mereka menikmati pembangunan dan pendidikan. Apabila mereka meninggalkan kampung halaman, kampung berkenaan telah diserahkan kepada SFI dan ada yang digazet sebagai Hutan Simpan. Apabila anak cucu mereka balik, mereka ditangkap dan dibicarakan sebagai menceroboh. Apakah ini dianggap menceroboh sedangkan di sana masih nampak tapak rumah, dusun dan perkuburan?” tanya En. Julius sambil disokong oleh ahli yang lain seperti En. Masirin, En. Ansurung, KK Bunsilou dan En. Anduul.
“Saya telah bawa perkara ini ke atasan dalam laporan awal bulan.  Pihak SG dan  SUP secara dasarnya mencadangkan dan bersetuju menyampaikan permasalahan rakyat ini kepada Timbalan Ketua Menteri. Kita kena menyampaikan memorandum untuk perhatian Ketua Menteri dan dibahaskan dalam Dewan Negeri,” respon Pn. Sabini.
“Kita dapat aduan bahawa masih ramai rakyat yang belum mendapat PPRT dan bantuan kebajikan. Kita juga dapat aduan ada yang tidak layak dapat bantuan malah ada yang diganti namanya. Ini mungkin kes terpencil namun kita sangat kecewa sebab ada kakitangan yang tidak amanah. Siasat perkara ini. Jika perkara ini benar, pihak bersalah hendaklah diambil tindakan sewajarnya. Begitu juga pihak yang bersekongkol,” tegas En. Florentius.

“Kita  tidak boleh  menyalahkan  Pemimpin  Atasan sepenuhnya,  kita kena lihat juga  mereka yang menjadi pelaksana. Biasanya polisi  dan prosedur baik  namun  pelaksananya yang melakukan kesilapan,” kata En. Anduul Ekup Timbalan Ketua Bahagian.

Terdahulu dalam ucap tamanya, Pn. Sabini menyeru ahli supaya mencari jalan terbaik mendekati rakyat. Menurutnya PBS wujud kerana rakyat dan kepada rakyatlah usaha ditumpukan.

“Kita tahu ada  rakyat yang telah digula-gulakan. Pembangkang bila terhidu isu panas ini terus berjanji membantu mereka. Ingatlah mereka bagi kita gula-gula, gula-gula kelak menyebabkan gigi kita sakit. Jangan ikut beri mereka gula-gula, beri mereka ikan. Biar ikan yang segar. Ajar juga mereka tangkap ikan, supaya mereka selalu ada ikan,” nasihat Pn. Sabini.

“Jika  anda mengharapkan  kerjasama, terlebih dahulu anda menunjukkan kesudian bekerjasama dengan orang. Jika anda tidak mempunyai sikap rendah diri dan menganggap PBS sebagai satu perlayanan maka tidak akan ada sesiapa yang sudi melayan PBS,” nasihat  Pn. Sabini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: