Berubah Untuk Berbuah

 Inilah realiti hidup sebahagian penduduk Sabah

Bukanlah sesuatu yang memalukan dalam mengakui bahawa kemajuan dan taraf kehidupan sebahagian penduduk Sabah masih jauh tertinggal di belakang berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut kajian, Sabah merupakan antara negeri yang termundur di Malaysia. Apa yang anehnya ialah negeri ini merupakan antara negeri yang terkaya dengan hasil buminya.

Kita melihat Sabah sebagai satu dusun buah-buahan yang subur dan sedang masak ranum. Dusun ini menjadi tumpuan para musafir dan tempat empunya kebun menjamu selera. Sebagai tumpuan para pengunjung, dusun ini menjadi terkenal se-enterio dunia.

Sabah terkenal dengan antara pengeluar petroleum terbesar, pengeluar utama kelapa sawit, kayu balak dan koko, kopi Tenom, Pulau Sipadan, Sapilok, Gunung Kinabalu, prestasi peperiksaan tercorot, antara negeri termundur,banyak infrastruktur daif, negeri PATI terbanyak, aset tetap kerajaan, negeri paling subur pertumbuhan penduduk dan sebagainya. Rekod-rekod ini bukan hanya membuatkan kita boleh tersenyum malah mengigit jari.

Dimanakah kita meletakkan level kita selaku anak watan Sabah? Adakah kita mendabik dada mengatakan kita telah berjaya? 47 tahun merdeka, Sabah belum layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri lain.

Kedengaran beberapa individu penting menganggap pemimpin Sabah belum layak menjadi pemimpin utama Malaysia. Mereka beranggapan bahawa kemampuan berpolitik Sabah sebagai masih bayi dan perlu dipimpin berterusan dari luar.

“Ahli politik Sabah belum matang. Mana boleh beri mereka jawatan timbalan atau naib. Jangan beri mereka ambil menteri penuh,” kata seorang pemerhati politik.

Nampaknya rakyat Sabah perlu mengambil tindakan yang proaktif dan bijaksana. Perubahan paling penting adalah menerusi revolusi minda. Kita sebagai rakyat Sabah perlu bersikap kritikal dalam menilai diri dan berubah untuk berbuah

Sabah memang unik tapi uzur.

.
Kita tidak tidak boleh bergantung terus kepada SUBSIDI, IKHSAN, BIMBINGAN dan DODOIAN. Rakyat Sabah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam meletakkan diri kita pada kedudukan yang sepatutnya. Hanya dengan usaha dan komitmen tinggi boleh membawa kita keluar dari takuk kemiskinan dan kesukaran hidup.

Kita tidak boleh berharap sepenuhnya kepada Kerajaan. Kita perlu mengambil langkah utama. Majukan diri! Majukan keluarga! Majukan Saudara-mara! Majukan Sabah.

Kerajaan pada hakikatnya benar apabila mengambil pendekatan: JIKA ORANG MINTA IKAN, JANGAN BERI IKAN, AJAR DIA PANCING IKAN. Suatu ketika Presiden AS berkata, JANGAN TANYA APA KERAJAAN SUMBANG, TANYA APA SUMBANGAN KAMU PADA KERAJAAN.

Kita sedar ada pemimpin yang cakap tidak serupa bikin. Ada juga yang anggap mereka juara reformasi dan pemodenan insani namun prestasi sebaliknya. Kita sebenarnya memerhati dengan sabar dan rakyat Sabah bukan dungu. Kita terpaksa menentukan sikap.

Perlu juga kita belajar menerusi kaum lain, Cina misalnya boleh berbangga dengan pencapaian ekonomi mereka. Mereka mengakui bahawa meskipun dengan sedikit suntikan dan akses dasar, mereka masih berupaya mengengam ekonomi negara. Kaum India misalnya berupaya berkecimpung dalam pasaran perkhidmatan dan peniagaan. Adakah mereka memang kaya? Tidak. Ramai juga orang Cina dan India yang berjaya itu berasal dari keluarga miskin.

Usaha berubah ini memerlukan kita membina dasar yang kukuh.

Apa yang pasti, kita kena berubah, Berubah dan berbuah. Ramai kita mahu perubahan dibuat segera. Kita menunding jari menyalahkan pihak tertentu. KERAJAAN BEGINI, KAUM ITU BEGITU, KAMI BEGINI dan seribu satu macam dalih. Malangnya berapa antara kita mengatakan kita ini terlalu BER-EVOLUSI? Kita harus BER-REVOLUSI. Bukan kita, siapa lagi?

Wang memang penting. Saya perlu wang, anda perlu wang, kita semua perlu wang. Namun wang bukan segala-galanya apatah lagi jika wang itu wang haram. Apakah dengan Ringgit maka kita berubah fikiran. Yang malang lagi tu ialah wang hanya datang 5 tahun sekali. Adakah itu yang anda mahu? Kita mahu wang itu sebagai rezeki yang bertali arus dan halal. Tidak mahu disusun dan diurus hanya dengan wang. Pertimbangkan maruah dan kepentingan banyak pihak. Fikirkan dan condonglah pada jati diri dan ingatlah akan anak-cucu.

Para pemimpin Sabah, mari tanam tekad, kita perbaiki kemajuan dan tahap kehiduipan rakyat dengan memberikan servis yang mantap dan ikhlas. Para rakyat Sabah, mari tingkatkan usaha, kita perbaiki pencapaian sosio-ekonomi kita dengan belajar dari kesilapan, mentauladani mereka yang berjaya. Kepada semua, marilah jauhi resmi ketam.

Alangkah baiknya jika Sabah menjadi surga generasi kita.

KETAM APABILA SATU HANPIR BERJAYA KELUAR DARI BALDI, YANG LAIN AKAN BERPAUT. AKHIRNYA SATU PUN TAK BERJAYA KELUAR…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: