PROMOSI: Isi Keahlian dapat RM20

Adakah masa depan mereka telah dijual?
Selepas 47 tahun merdeka, rakyat kita semakin bijak dan matang dalam berpolitik. Perasaan kekok dan segan kini boleh dimasukkan dalam kenangan. Rakyat kita di Sabah melihat bahawa kemunculan parti-parti baru selain parti sedia ada seolah acara meriah di tamu, Gaya Street. Para Politikus, masing-masing sibuk mempromosi dan beradu kebaikan produk. Pihak yang agak lemas, biasalah kurang pengunjung. Pihak yang lantang sering kali mendapat perhatian.

Pelbagai pendekatan dan strategi dilakukan. Tidak jara dengan pengalaman pemimpin lalu menghambur wang dengan andaian; ‘orang dusun senang disusun, orang murut senang diurut’, amalan membeli keahlian rupanya belum terhakis malah dijadikan trend baru seorang pemimpin parti luar. Agaknya pemimpin anak watan Sabah ini belum belajar pemikiran rakyat Sabah atau mungkin juga dia membantu rakyat Sabah dengan mengagihkan kekayaan parti berkenaan yang entah dari mana.

Ketika parti sedia ada bertungkus lumus berusaha membuktikan bahawa mereka pejuang rakyat: BN dengan pendekatan mengutamakan pembangunan infrastruktur dan sosio-ekonomi; SAPP dengan pendekatan hak dan kepentingan rakyat; DAP dengan pendekatan menangani permasalah harian rakyat secara umum; PAS dengan pendekatan agama dan keMelayuannya; maka parti ini dengan bijak menggunakan pendekatan psikologi anti kerajaan dan taburan wang ringgit.

Terbaru parti berkenaan mendekati penduduk kampung di pedalaman dengan membawa wang yang banyak memberikan claim kepada penduduk yang mengisi borang keahlian. Menurut maklumat, kononnya parti berkenaan akan memberikan RM20 kepada ahli baru sebaik sahaja borang keahlian siap diisi dan dikembalikan.

Apa yang kita tahu, biasanya setiap rakyat yang berhajat untuk mengisi keahlian sesebuah parti perlu mengisi borang dan menyerahkan sejumlah wang sebagai yuran keahlian kepada parti. Parti ini secara drastik menukar strategi dengan cara parti memberi wang kepada bakal ahli.

Seorang teman memberitahu saya, dia seisi keluarga mengisi borang berkenaan. Kononnya dapatlah mereka sekeluarga sekitar RM240. “Bolehlah beli sayap…” Apabila ditanya bagaimana dengan parti lama? Dia beritahu saya, “Ala, KB paham-paham sahaja, itu duit bikin main-main. Orang bagi kita terimalah, undi kitaorang saja tau.”

Rupanya bukan para politikus dan parti sahaja yang pandai berstrategi, para rakyat Sabah terlebih lagi berpolithinking. Mereka dalam diam menghukum sambil tersenyum. Seperti yang dinayatakan oleh teman saya, “Dulu orang dusun senang disusun, orang murut senang diurut; kali ini jangan harap kitaorang senang disusun. Kitaorang susun diaorang dan kita tak mau jadi pak turut.”

Saya nampak perubahan minda ini, suatu perkembangan yang baik. Saya yakin amalan merasuah kelak akan memakan diri. Bayangkan kalau belum berkuasa sudah mulai beli rakyat, agaknya apakah harga rakyat kelak apabila sudah dibeli?

Kepada pendukung PR dan parti bebas setempat, perkembangan ini mungkin satu perkembangan yang sihat dan baik. Tentulah secara teknikalnya keahlian parti yang menidakan kerajaan akan meningkat. Bolehlah dichop sebagai suara massa. Ini kononnya adalah revolusi halus mengertak kerajaan, melemaskan BN. Malangnya sedarkah amalan ini akan menyebabkan parti yang lurus dan bersifat sabahan akan dibasuh peluangnya.

Jika anda melihat wang RM20 itu sebagai kecil, namun dalam penentuan calon parti bertanding, ianya besar. Anggaplah SAPP dan PKR (contoh sahaja) mahu berebut meletak calon untuk satu kerusi DUN. SAPP punya ahli, 1,800 orang manakala PKR ada 1,800 orang; Jika salah satu parti berkenaan menambah keahlian menggunakan taktik di atas, adakah parti itu wajar bertanding jika keahliannya ahlinya bukan atas niat perjuangan?

Keahlian yang dibeli bukan seperti beli kain. Jika beli kain anda boleh pakai sesuka hati. Kain berkenaan boleh anda simpan, kain berkenaan anda boleh jaga dan kawal. Tetapi ahli yang dibeli boleh jual balik kesetiaan mereka. Ahli yang dibeli tidak akan memberikan kesetiaan mereka, jauh sekali pengorbanan sebab mereka masuk kerana wang dan wang yang diberi tidak bernilai berbanding dengan perjuangan untuk keluarga dan tanah tumpah, Sabah.

Para ahli politikus hendaklah melihat bahaawa politik wang merupakan amalan tidak sihat dan perlu dibenteras. Memulakan permainan politik dengan wang akan mengikis keadilan. Percayalah, tidak akan ada keadilan dan kemakmuran jika rakyat digula-gulakan. Gula merosakkan gigi, jika gula itu seumpama politik wang, maka yang memakannya rakyat akan rosak gigi. Jika gigi rosak maka tiadalah taring untuk mengigit. Rakyat tahu itu dan rakyat menilai.

Jika rakyat sebagai kuasa massa mereka sanggup beli, saya sangat yakin malah percaya mereka juga sanggup berusaha membeli ahli politikus; jika tidakpun membunuh karier politik anda, meracuni semanggat rakyat kerana setiap sen yang mereka tabur, mereka akan kutip balik dengan harga berganda.

Dengan tanpa menafikan kematangan dan ketelusan rakyat Sabah, saya optimistik bahawa perjuangan kita akan membuahkan hasil biarpun agak perlahan. Rakyat kita dahagakan pembangunan, pengesahan hak dan perlindungan kepentingan serta penaik-tarafan harga diri. Jesteru itu, saya tidak mahu bersekongkol dengan anasir subversif (politik wang).

Jika sebelum ini kita kedapatan pemimpin atau parti yang secar jahil memporak-perondakan rakyat dengan kebendaan, kali ini kita cuba ubah sikap itu. Jangan kita teruskan polisi itu, kita beri rakyat kita hidup yang realiti bahawa setiap sen yang ditabur, berkarung ringgit kita akan direbut. Pendirian dan pendekatan seperti parti tersebut di atas eloklah dijauhkan. Jika tersesat, kembalilah ke pangkal jalan. Biarpun bekas pemimpin, biarpun datuk, ingatlah belajar dari kesilapan adalah rumrah alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: