Majlis Kesyukuran dan Meraihkan Sumbangan PBS Kepada Gereja RC Kg Pamaluyan

Kg. Pamaluyan, Kemabong, 26 Jun 2010: Satu majlis sederhana tetapi meriah telah dilangsungkan di Rumah Kebudayaan Kg. Pamalayuan anjuran jemaah Gereja Roman Katholik. Kira-kira 55 orang hadir dalam majlis berkenaan. Para hadirin terdiri daripada anggota jemaah gereja RC. Pihak Pelaksana  Penganjur terdiri daripada En. Nicholas Korom, Pengerusi KUK Zon Gumisi, En. Angkulin Boyot, Pengerusi KUK Kg. Pamaluyan, En. Reynold, Kartekis Kg. Pamaluyan, Robert Labong, Pengerusi JKKK merangkap AJK Pemuda Bahagian dan En. Anduhut Malulur, Ketua Cawangan Kg. Pamaluyan, Pn. Asnah Anduhut (AJK Wanita Bahagian) dan beberapa AJK lain.
Pn. Sabini, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong mengetua rombongan PBS yang terdiri daripada En. Anggoh Mayah (Naib 1), En. Dawat Baru (Naib 2), En. Julius Suab (Penolong Bendahari), En. Megah Intung, Timbalan Ketua Cawangan PBS Kg. Kalamatoi dan En. Jepenis (AJK Pemuda PBS, Kg. Kalamatoi).
Dalam ucapan alu-aluan, En. Anduhut Malulur selaku Pengerusi Penganjur merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan Ketua Bahagian, Pn. Sabini Ansumor berupa alat Keyboard. “Memang kita ada meninta beliau menyumbangkan alat lain berupa PA system dan microphone, namun kita tahu keterbatasan KB. Sumbangan ikhlas ini amat kami alu-alukan.”
Menurut En. Robert Labong selaku, Pengerusi JKKK Kg. Pamaluyan, Kampung Pamaluyan menghadapi masalah kritikal; dari segi kemudahan tandas rumah kebudayaan yang tidak ada. Menurut beliau, masalah ini menjadi lebih kritikal apabila acara diadakan pada waktu siang. Para pengguna Rumah Kebudayaan sukar mencari tempat membuang air. 
“Saya telah mengadukan perkara ini dengan pihak tertentu seperti wakil rakyat namun belum mendapat tandas yang dipohon. Jika PBS dapat memanjangkan perkara ini kepada pihak terbabit maka penduduk Kg. Pamaluyan sangat bersyukur.”
Dalam majlis yang sama, Ketua cawangan menyerahkan keyboard berkenaan kepada Pengerusi KUK Kg. Pamaluyan. “Saya menerima sumbangan ini dari KB, Pn. Sabini jadi saya serahkan alat ini kepada pihak Gereja. Memangpun alat ini dipohon menerusi cawangan namun kami memohon ini untuk pihak gereja. Diharap pihak gereja menggunakan alat ini dengan baik.”
En. Nicholas Korom pula merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Pn. Sabini Ansumor memberikan sumbangan kepada pihak gereja RC Kg. Pamaluyan. Menurutnya, pihak gereja sangat menghargai usaha murni sedemikian dan mendoakan agar ahli PBS khususnya para pemimpinnya diberikan berkat berkelimpahan.
“Gereja Kudus RC di Kg. Gumisi juga mempunyai kekurangan dari segi alat sedemikian. Jika Pn. Sabini dapat mencarikan dana maka ianya tentu sekali memberikan kebahagian kepada pada jemaah.” katanya. “Saya menyedari bukan mudah untuk pihak PBS mencari dana ini. Saya dengan banyak tempat telah mendapat sumbangan daripada PBS semenjak diaktifkan semula tahun lalu. Semoga Tuhan memberikan mereka petunjuk dan berkat.” tambah beliau.
Dalam ucapannya, En. Florentius Alex, Setiausaha Bahagian PBS memaklumkan bahawa keperitan penduduk berpunca dari ketiadaan tandas awam khususnya di Rumah Kebudayaan mendapat perhatian sewajarnya dari PBS. Menurut beliau PBS akan cuba untuk mengetengahkan masalah ini keperingkat wakil rakyat.
“Saya mendapati kampung ini berpotensi untuk menjadi kampung yang setanding dengan kampung yang lain. Lantaran itu, dengan tanpa mengira tua-muda, lelaki-perempuan, RC maupun SIB dan Islam, UMNO maupun PBS atau UPKO dapat bekerjasama dan megetepikan perbezaan supaya sepakat memajukan kampung.”
“Saya melihat bahawa BN banyak memberikan bantuan kepada penduduk di Kemabong. saya yakin YB wakil rakyat tidak meminggirkan Kg. Pamaluyan. Mungkin peruntukan belum ada atau ada tempat lain yang lebih memerlukan. Harap para penduduk dapat bersabar,” kata Pn. Sabini dalam ucapannya.
Menurut beliau, PBS dan UMNO yang lain sering bekerjasama untuk mencari jalan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Peruntukan yang telah diluluskan di Lansut, pembaik-pulihan kalbut di kg. Kalamatoi, pembinaan gabion di Kg. Kaang serta jambatan di Kg. Alutok selain menunggu budjet untuk projek yang telah diluluskan penaik tarafan jalan SK Simpang-Kg. Mahunsop, jalan Kg. Lalang-Kg. Alutok, Jalan Kg. Kaparungan-Kg. Bangkulin dan jalan Kg. Sugiang Baru-Kg. Kalamatoi. 
“PBS mahu membantu ADUN dan Ahli Parlimen, maka kami telah menghubungi sendiri En. John Anthony, Pengarah JKR Sabah dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Usaha ini mendapat perhatian khas dan hampir keseluruhan telah diluluskan walaupun masih ada yang belum dilaksanakan projeknya tahun ini kerana menunggu peruntukan sampai. Terima kasih kepada YB wakil rakyat yang sporting dan kami percaya kerjasama sedemikian adalah baik untuk BN.”
“Saya menyeru penduduk kampung memberikan songan dan undi kepada wakil rakyat BN. Siapapun yang terpilih bertanding, perlu mendapat sokongan kita apatah lagi jika mereka telah menunjukkan bukti kepimpinan dan pencapaian yang memberangsangkan.”
Dalam ucapan yang sama, beliau memaklumkan kepada ahli PBS bahawa mesyuarat tahunan cawangan perlu diadakan sebelum 25 Jun 2010. Dijangkakan mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian akan diadakan pada akhir bulan Julai 2010. Beliau telah mengarahkan semua AJK Tertinggi Bahagian, AJK Pemuda dan Wanita Bahagian untuk memaklumkan pihak di bawah jagaan masing-masing agar menjadikan aktivtiti berkenaan berjalan lancar.
“Kita ahli PBS telah mengundi BN pada pilihanraya yang lalu. Kita yakin wakil rakyat kita adalah wakil rakyat BN bukan UMNO semata-mata. YB Datuk tentu tidak akan melupakan kita. Marilah berdiri teguh menyokong BN,” tambahnya.

Dalam acara yang sama Pn. Sabini telah menyumbangkan lagu diringi keyboard baru berkenaan. Pn. Sabini meluangkan masa selama 3 jam di Majlis berkenaan sebelum berangkat pulang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: