Mari mantapkan Daerah Tenom

IDEA MEMANTAPKAN MDT
Tarikh: 21 MEI 2010
Tuan-tuan dan puan-puan,
Memantapkan Daerah Tenom:
Daerah Tenom adalah sebuah daerah yang berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan platform menjana kemakmuran. Umum sudah tahu bahawa daerah Tenom terkenal dengan hasil keluaran pertaniannya seperti kopi, limau, pisang dan komuditi asas seperti getah, koko, kelapa sawit dan kopi.
Meskipun Tenom terkenal namun pembangunan di daerah ini masih memperlihatkan ruang untuk dimantapkan khususnya menerusi penglibatan Majlis Daerah Tenom yang dipimpin oleh Tuan Pegawai Daerah En. Suriman M.F. Basir. Kolektif kepimpinan dari pelbagai agensi dan jabatan serta pemimpin parti dan setempat diyakini mampu merintis jalan ke arah pemantapan daerah ini khususnya di Pekan Tenom.
PBS Kemabong mengucapkan syukur dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Tn. D.O. memberikan laluan kepada Pn. Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong turut sama dalam menyumbang idea dan usaha dalam memantapkan daerah ini.
Jesteru itu, selepas berbincang dengan beberapa pihak yang berkepentingan maka pihak PBS Kemabong menerusi wakil, Pn. Sabini Binti Ansumor mengambil peluang ini untuk mengemukakan beberapa idea yang mungkin boleh membantu memantapkan lagi Tenom selain memberikan keselesaan kepada rakyatnya.
Pembangunan Sosio-budaya:
(1) Perpustakaan Di Pekan Daerah Kecil Kemabong
Sebuah subperpustakaan Pekan Tenom hendaklah didirikan didirikan di Pekan Daerah Kecil Kemabong. Perpustakaan ini sangat dibuntukan oleh para penduduk kawasan sekitar Kemabong dimana ianya kelak menjadi gedung ilmu pengetahuan dan penjana bagi kemajuan pembangunan sumber insan.
Pn. Haritah, ketua jabatan bagi perpustakaan pekan Tenom secara peribadi bersetuju dan menyokong kuat idea ini. Meskipun begitu, pihak yang berkenaan hendaklah menjadikan impian penduduk kawasan Kemabong menjadi kenyataan.
Masalah yang paling besar sebenarnya ialah berkaitan dengan tapak tanah atau bangunan dimana perpustakaan kecil itu kelak beroperasi begitu juga dengan kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, elektrik, telefon dan air pili.
Ahli JKDB, En. Ampiu ketika dihubungi menganggap cadangan ini baik apatah lagi ianya dekan dengan sekolah besar seperti SMK Kemabong. Walau bagaimanapun beliau berharap pihak JKDB dilibatkan secara aktif.
(2) Kursus Adat-Istiadat Budaya Tempatan
Tenom adalah sebuah daerah yang berpenduduk majmuk. Majoriti penduduk daerah ini terdiri dari suku kaum Murut. Meskipun begitu, kesedaran dan kefahaman akan adat-istiadat semakin pudar. Sebagai sebuah daerah yang dianggap unik dan berpotensi dari segi pelancongan budaya, kesedaran dan kefaham itu hendaklah digilap semula.
Kita mendapati bahawa tanggung-jawab ketua adat (pemimpin setempat) semakin mencabar jesteru kerana kelemahan dari segi pengetahuan dan pengintegrasian adat bercanggah dengan kemahiran pemegang adat dan kalangan orang kampung.
Jika pemegang adat ini diberikan kursus adat-istiadat budaya tempatan, kemungkinan akan wujud kesan kembali memegang dan menyanjung adat yang kelak memberi nafas baru kepada penghayatan dan pengembangan hidup berbudaya tradisi yang menjadi tarikan para peminat budaya unik khususnya para pengemar adat dalam dan luar negara. Boleh disimpulkan di sini, budaya tradisi yang hidup menghidupkan industri pelancongan seperti ‘home stay’ dan ‘pelancongan bertema’.
Pembangunan Sosio-ekonomi:
3) Memancu Sektor Penternakan Ikan Air Tawar
Pembangunan sosio-ekonomi dapat dikembangkan dengan memberikan peluang dan ruang kepada penduduknya meneroka potensi alam dan persekitaran yang sedia ada di daerah ini. Kita melihat bahawa majoriti penduduk mempunyai pengetahuan, kemahiran dan modal yang terhad dalam memajukan sektor penternakan ikan air tawar.
Sektor penternakan air tawar dalam sangkar sangat berpotensi dimajukan di daerah ini yang banyak bekalan air dari sumber sungai. Kedudukan geografi daerrah ini yang diapit oleh air sungai bukit yang masih tidak tercemar teruk dan sungai utama yakni sungai Padas dan sungai Pagalan memberikan nafas kepada pengusaha menternak ikan dalam sangkar di sepanjang sungai-sungai berkenaan.
Justeru itu adalah disyorkan agar pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama dan sokongan agensi dan jabatan kerajaan memberikan kursus dan kebenaran menternak ikan dalam sangkar kepada para pengusaha yang berminat. Khidmat kepakaran dan (jika ada) bantuan modal dipercayai boleh mengalihkan status taraf kemiskinan penduduk terlibat selain menjadi pengerakan variasi hasil ekonomi daerah ini.
4) Memperkenalkan dan Meluaskan Sistem Tagal Sungai
Seperti yang kita sedia maklum, daerah ini kaya dengan sungai yang belum begitu tercemar. Sungai-sungai ini sebenarnya merupakan habitat semula jadi pelbagai spesis hidupan air tawar yang boleh dikomercialkan, jika tidak pun menjadi penyumbang protein berkhasiat tinggi kepada penduduk.
Idea ini waalaupun nampak sederhana namun jika diimplimintasikan memerlukan kerjasama dan sokongan pihak yang  berkuasa dan berpengaruh. Lantaran itu kawasan yang sesuai perlu dikenalpasti dan digazetkan dengan melibatkan semua lapisan pemimpin dan rakyat di kawasan terbabit.
5) Mengadakan Pasar Tani atau Tamu Bertema
Kita melihat dalam perancangan jangka panjang, daerah Tenom bakal menerima kehadiran beberapa kawasan yang bakal dimajukan sebagai pekan kecil selain pekan kecil sedia ada seperti Pekan Kecil Kemabong. Perancangan ini sememangnya disokong dan sudah sampai waktunya daerah Tenom yang luas ini menerima `hub  setempat’ yang akan menjana pembangunan kawasan sekitar.
Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan seperti Entabuan, Paal, Melalap dan Kuala Tomani berkenaan hendaklah dipromosikan selain diberi nafas baru. Ini dapat dicapai antara lainnya menerusi penganjuran Pasar Tani atau Tamu Bertema yang diadakan secara bermusim.
Pasar tani atau Tamu Bertema boleh dianjurkan secara bergilir di kawasan berkenaan selang tiga  atau enam bula sekali. Sebagai contohnya, Entabuan pada bulan September, Kemabong (Disember), Melalap (Mac), Paal (Jun) dan Kuala Tomani seterusnya.
6) Kutipan Hasil Getah oleh Lembaga Industri Getah
Majlis daerah dirayu untuk memohon agar khidmat kutipan hasil getah oleh para pekebun kecil diluaskan ke kampung-kampung yang belum menerima perkhidmatan berkenaan. Kutipan hasil getah setakat ini terhad dilaluan tertentu sahaja menyebabkan kawasan-kawasan tertentu terpaksa berurus niaga dengan pembeli swasta.
Malangnya banyak keluhan dan rasa tidak puas hati pekebun kecil berkaitan khidmat pembeli swasta berkenaan. Antara isu yang sering didengar ialah masalah harga rendah berbanding harga belian Lembaga Industri Getah dan penipuan timbangan.
Pengindahan dan Keceriaan Pekan Tenom:
7) Pemuliharaan dan Penambahan Papan Tanda dan Papan Kenyataan
Tenom merupakan salah satu pekan yang tersusun dan cantik di Sabah. Pekan ini sering menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Pelancong ini sering menggunakan papan tanda dan papan kenyataan sebagai rujukan dan gambaran awal akan Tenom.
Malangnya didapati masih banyak papan tanda dan papan kenyataan yang uzur atau tidak releven lagi atau terletak pada kedudukan yang tidak strategik. Kelemahan ini perlu dibaiki segera. Sebagai contohnya, kita tidak mendapat pelan pekan Tenom yang terkini dan agak lengkap.
8) Pekan Tenom, Pekan Berwarna Ceria
Pekan tenom adalah gabungan bangunan lama dan baru. Bangunan ini ada yang bercat pudar atau comot (kotor). Maka sewajarnya bangunan-bangunan berkenaan dicat semula. Memang kerajaan tidak mempunyai peruntukan khusus untuk mengecat bangunan terutama bangunan kedai milik persedirian.
Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah tenom boleh mencadangkan agar pemilik mengambil tindakan perlu untuk menjayakan kempen keceriaan seperti sumbangan cat untuk gotong royong mengecat bangunan kedai.
Laluan pejalan kaki di bahu jalan juga perlu dicat. Cat kuning-hitam berkenaan kini banyak yang pudar catnya.
 9) Mercu Tanda Dinaik Taraf
Umum mengetahui, Tenom sinonim dengan Pahlawan Antenom dan beberapa tokoh yang lain. Tugu Antenom yang ada nampaknya perlu dimantapkan dengan arca dan hiasan dan kemasan yang lebih mengambarkan tingginya mutu kesenian dan keunikan hasil kreativiti rakyat tempatan.
Supaya hasil kesenian dirancakan di Tenom, Kita mengalakkan rakyat tempatan menyertai pertandingan ukiran arca pahlawan (tugu pahlawan). Hasil karya yang baik dan bermutu selayaknya dipamerkan dan diletakkan pada posisi strategik.
Cadangan tambahan pihak prihatin di Face Book pula menuntut kita menanam tanaman bunga-bungaan yang menarik di bulatan jalanraya, kaki lima dan taman. Pelancong mengetahui Tenom terkenal dengan ‘Kopi Tenom’ namun mereka perlu berjalan jauh baru dapat melihat sendiri pokok kopi. Nampaknya komuditi ini perlu di tanam dilokasi tertentu pekan Tenom.
10) Taman Rekreasi di Pekan Tenom dan Pekan Kecil Kemabong
Di pekan Tenom, kita mendapati kemudahan taman rekreasi belum mencukupi. Kemudahan berkenaan yanng terdapat di depan Padang Bandaran (depan Dewan Sri Antenom) boleh dilengkapi seperti lebih banyak pondok untuk ibubapa menunggu anak selain pagar keselamatan bagi tujuan mengelakkan anak tersasar ke jalanraya.
Kemudahan yang sama perlu dibina di kawasan komplek sukan. Kita mahu budaya hidup sihat diamalkan dan hubungan kekeluargaan dieratkan. Budaya membawa anak-anak ke komplek pada sebelah petang bersenam atau beriadah sangat baik diamalkan. Alangkah baiknya anak-anak ini juga diberi peluang berrekreasi di taman yang sesuai dengan mereka sambil ibubapa bersenam atau berjogging.
Kemudahan ini tidak terdapat di Pekan Kecil Kemabong. Penduduk Kemabong semakin ramai. Perumahan dan sekolah berhampiran memerlukan satu taman yang lebih sesuai disediakan.  Adalah dicadangkan kemudahan ini dibina di lokasi yang strategik seperti berdekatan dengan Taska Kemabong.
11) Pemuliharaan Air Terjun Kalang
Air Terjun Kalang merupakan salah satu destinasi dan produk yang boleh dipromosikan untuk tujuan pelancongan di daerah Tenom. Keunikan dan lokasi air terjun ini yangn boleh dihubungi oleh pengangkutan apatah lagi tidak jauh dari pekan Tenom sendiri. Dimaklumkan bahawa air terjun ini dibawah pengawasan Majlis Daerah Tenom.
12) Keceria Bertunggakkan Kempen Kesedaran
Pekan Tenom perlu ceria, indah dan bersih. Usaha segelintir pihak tentunya tidak menjamin hasil yang memuaskan. Maka dengan yang sedemikian, adalah dicadangkan usaha murni untuk menceriakan, mengindahkan dan memastikan tahap kebersihan pekan Tenom pada tahap memberangsangkan disokong dengan kesedaran penduduk Tenom khususnya mereka yang sentiasa/menetap di Tenom.
Jika budaya menjaga kebersihan dijadikan sebagai jati diri, tentu sekali pembuangan sampah secara tidak berhemah dan perbuatan vandalisme turut berkurangan. Selain itu adalah wajar papan kenyataan yang berkaitan diletakkan pada lokasi strategik selain penguatkuasaan dijadikan sebagai rutin kerja penguasa MDT.
Kempen tanpa bahan bantu mungkin akan pincang. Lantaran itu, tong sampah, tandas awam dan tempat membuang sampah perlu disediakan secara terancang. Tandas sebagai misalannya perlu disokong dengan papan tanda. Ini memudahkan pengguna pergi ke tandas terdekat. Papan peringatan perlu dilekatkan di tandas berkenaan agar pengguna menggunakan dan menjaga kemudahan dengan baik.
Gotong-royong perdana atau sewaktu dengannya hendaklah dijadikan sebagai trend pekan Tenom. Sebagai contohnya pada setiap 2 bulan sekali, penjaja di Pasar Am Tenom perlu bergotong-royong membersihkan kawasan masing-masing dan menghantar wakil membuat gotong-royong di sekitar kawsan masing-masing.
13) Relokasi Perusahaan/Kedai Bengkel
Terdapat beberapa kedai yang perlu diletakkan semula di kawasan yang tertentu agar ianya tidak menjejaskan pandangan penduduk atau pengunjung. Antaranya ialah kedai tayar dan servis dan kedai membeli getah.
Bagus jika premis berkenaan ditempatkan di kawasan tertentu seperti di Blok Pangi Industrial. Mungkin ini dapat mengelakkan pertumbuhan perniagaan pub malam tumbuh bagaikan cendawan di blok berkenaan.
Jika tidak lesen bagi premis-premis berkenaan hendaklah dikawal atau syarat perlu diberikan apabila pembaharuan lesen dibuat. Ini akan mengikat mereka menjaga kebersihan atau memastikan pelupusan sisa pepejal atau cecair tidak memudaratkan atau mencemarkan alam.
14) Renovasi Ke Arah Pekan Tenom Yang Hidup
Pekan Tenom digelar oleh sebahagian pemerhati sebagai ‘Pekan Berhantu’ pada waktu malam. Ini kerana selain kedai Seven Eleven, kedai lain segera tutup sebelum tengah malam. Kita memuji beberapa kedai seperti KFC, restoran dan cyber café yang beroperasi hingga ke tengah malam.
Namun perlu ada kajian yang dibuat bagi menggalakkan Tenom menjadi pekan hidup sepanjang masa. Dalam masa yang sama elok juga disediakan satu pelan strategik guna menghadapi kemungkinan jika pekan ini mula beransur menjadi pekan hidup kelak.
Pemantapan Keselamatan dan Rohani:
15) Pondok Polis Daerah Kecil Kemabong
Terdapat cadangan agar pihak Majlis Daerah Tenom campurtangan dalam merayu pengoperasian semula pondok polis di daerah kecil Kemabong. Memandangkan Kemabong dalam proses pembangunan maka tidak dapat tidak khidmat polis semakin diperlukan. Ini dimangkinkan lagi dengan bertambahnya penduduk di Taman Perumahan Sri Ontoros.
16) Kemudahan Elektrik Flat Guru SMK Kemabong
SMK Kemabong sebenarnya di luar bidang kekuasaan MDT. Walau bagaimanapun pihak agensi atau jabatan khususnya SEB dan JKR diminta untuk melawat dan mencari jalan guna membantu mengurangkan kesulitan para guru.
Sebagai makluman, flat guru ini telah uzur dan belum menerima pembaikan. Salah satu flat telah rosak pendawaian elektriknya dan semua penghuni falat berkenaan terpaksa menarik wayar dari bangunan sekolah sejauh kira-kira 80 meter merentasi padang. Bayangkan jika ada enam rumah guru, maka anda akan melihat enam wayar merentasi padang. Apakah akan terjadi jika pelajar atau kanak-kanak terlanggar wayar berkenaan? Adakah kita mahu ini terjadi? Inilah masanya kita lupakan sedikit soal protokol dan kita secara holistik dan bersepadu mengajukan masalah ini kepada pihak berkenaan.
Menurut En. Rashidie, pengetua SMK Kemabong, banyak pihak telah dihubungi untuk memohon agar tindakan wajar dibuat namun belum mendapat sebarang tindak balas. Pemimpin Kemajuan Rakyat, En. Sukimin telah memaparkan masalah ini di akhar.
17) Surau Kemabong
Penduduk mahu surau di Kemabong dinaik taraf. Kemudahan surau di Kemabong agak daif dan perlu bantuan segera. Justeru itu, dicadangkan agar pihak MDT mengazetkan tapak dan seterusnya meluluskan pembinaan surau atau masjid. Selain itu, dipohon agar Tn. D.O. berhubung dengan USIA atau MUIS agar dapat memberikan peruntukan berupa kelengkapan sejadah atau Al-Ouran bagi kemudahan jemaah.
Asas Kejayaan Idea dan Usaha:
Kita bersepakat menegaskan bahawa idea yang baik hendaklah diambil perhatian dan tindakan yang bersesuaian dan pada kadar yang pantas. Kita maklum bahawa sebarang idea jika tidak dengan kerjasama, sokongan dan modal, maka ianya akan menjadi idea yang tidak membuahkan hasil.
Justeru itu, sudah sampai masa kita mengenepikan kepentingan peribadi, fahaman atau ideologi politik dan bekerja untuk rakyat Tenom. Kita pada dasarnya memegang amanah dan amanah ini perlu dijalankan dengan didikasi dan penuh akauntabiliti.
Sekian.
SABINI BINTI ANSUMOR,
Ketua Bahagian PBS, N.36 Kemabong
Exco Wanita PBS Sabah
Ahli Majlis Daerah Tenom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: