Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Baru Jumpa

Baru Jumpa, 21 Mei 2010: Malang tidak berbau, kebakaran rumah tidak diundang namun boleh menjadi mala petaka yang sangat menyayat hati bagi mereka yang menghadapinya. Demikianlah yang berlaku kepada keluarga Ibu Tunggal Pn. Rudy isteri kepada aruah En. John Liau.
Beginilah keadaan rumah Pn. Rudy yang terbakar.
Kejadian malang ini berlaku pada awal pagi 15 Mei 2010 kira-kira jam 7.30 pagi ketika Pn. Rudy turun ke sawah manakala anak perempuannya, Adik Naomi berada bersama adik lelakinya yang cacat berusia 2 tahun di tingkat atas. Kebakaran bermula di bahagian dapur merebak dengan cepat mengakibatkan anggota keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang namun bersyukur tidak mengalami sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.
“Saya sangat menyesal tidak berada di rumah ketika itu. Jika saya berada di sana mungkin banyak barang yang boleh saya selamatkan, mungkin juga kejadian ini tidak berlaku,” kata Pn. Rudy dengan isak tangisnya. 
Suasana pilu apabila saudara Pn. Rudy dari Sarawak datang melawat. 
Pn. Sabini dan En. Anggoh sedang mendengar penerangan dari anak mangsa.
Pn. Sabini Ansumor (Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong) dengan diiringi oleh En. Anggoh Mayah (Naib 1), En. Dawat Baru (Naib 2) dan En. Florentius Alex (Setiausaha) melawat keluarga mangsa yang kini menumpang di rumah aruah mentuanya. Dalam lawatan berkenaan, Pn. Sabini menyampaikan barang keperluan dapur dan peralatan sekolah selain wang sebanyak RM200.
“Pihak kami telah menghubungi pihak sekolah dan memohon agar satu kutipan derma ikhlas dilakukan. En. Jokobusta Atat, Penolong Kanan Petang memaklumkan bahawa kebenaran telah diberikan oleh pengetua dan pungutan akan diuruskan oleh Penolong Kanan HEM, En. Patrick Usit.
Pn. Sabini sedang berbual dengan mangsa sambil cuba memberi kata perangsang.
“Dalam musibah seperti ini, pihak sekolah memang membenarkan kutipan derma dibuat. Kami di sekolah ini sangat prihatin dengan kebajikan pelajar dan ibubapanya. Hasil kutipan akan menyusul dan mungkin akan diserahkan oleh pengetua sedikit masa lagi,” kata En. Jokobusta.
“Saya merayu orang ramai menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa. Bantulah dengan ikhlas, semoga Tuhan memberikan kita berkat berkelimpahan,” saran Pn. Sabini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: