Pesta Menuai Daerah Tenom Meriah

 Huguan Siou sedang menyampaikan ucapan beliau.

Tenom, 19 Mei 2010: Pesta Menuai yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tenom dan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dianggap meriah dan cemerlang. Antara yang hadir di Pesta ini ialah YB Datuk Radin Malleh, YB Datuk Rubin Balang, YB Datuk Raimie Unggi, Datuk Johnny Mositun dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.

Timbalan Ketua Menteri sedang menerima cendera kenangan
dari salah seorang Ketua Jabatan.

Dalam pesta ini beberapa gerai pameran yang dikendalikan oleh pihak-pihak persendirian dan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan menarik kunjungan pengunjung. Datuk Huguan Siou dan isteri pula tidak melepaskan peluang mengunjungi dan menikmati hidangan hasil ternakan seperti masakan daging kambing.

Datin Genervie sedang menjamu selera.

Menurut Pegawai Daerah Tenom, DO, Tn. Siriman M.F.Basir, pesta ini bertujuan untuk mempromosikan Pekan Tenom kepada para pelancong selain memantapkan penghayatan budaya tradisi tempatan.

Timbalan Ketua Menteri, DSP Joseph Pairin sedang beramah mesra
dengan Ketua Bahagian PBS Kemabong.

“Saya melihat aktiviti ini sebagai salah satu landasan untuk kita kembali kemeniliti keunikan kaum kita. Sabah mempunyai banyak keindahan flora dan fauna, ini akan lebih menarik jika budaya tradisi itu mampu digembeling menjadi tunjang tarikan pelancong dan kebanggaan penduduk setempat,” kata Pn. Sabini Ansumor, Ahli Majlis Daerah Tenom.

Datin Genevie sedang dilayan oleh Exco Wanita PBS Pusat,
Pn. Sabini Ansumor

Beliau yang juga Ketua Bahagian PBS Kemabong menyeru rakyat khususnya di kawasan Kemabong mengenepikan perbezaan politik dalam usaha memartabatkan budaya tradisi warisan nenek moyang.

Ketiga-tiga pemimpin ini duduk semeja menikmati jamuan,
alangkah baiknya kita dapat duduk semeja bermuzakarah untuk negeri.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Pairin Kitingan melahirkan rasa syukur dan terharu di atas usaha murni yang ditunjukkan oleh penganjur dan penyumbang demi menjayakan pesta ini. Beliau menasihati rakyat Sabah agar memelihara perpaduan kaum dan mengutamakan kemakmuran dan kedamaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: