Lawatan Ke Mukim Kuala Tomani

Pn. Sabini dan KK Kg. Katambalang sedang berbual.
Kuala Tomani: Hujan renyai-renyai tidak menghalang Ketua Bahagian PBS Kemabong, Pn. Sabini Ansumor melawat tiga empat buah kampung di Mukim Kuala Tomani, 47 km dari pekan Tenom. Turut serta dalam rombongan beliau ialah Setiausaha Bahagian, En. Florentius Alex, AJK Pemuda, En. Andin Ambaris dan Ketua Cawangan En. Maritin Ans.
 Antara jalanraya yang rosak teruk.
 Perjalanan ke Rumah Kebudayaan Kg. Katambalang Baru memakan masa 20 minit dari Kg. Kuala Tomani menyusuli jalan berbecak dan sebahagian tempat digelenangi air sedalam sekaki. 
“Kenderaan kecil seperti kancil dan viva sukar melalui jalan ini. Ada kereta yang dimasuki limpahan air becak atau terkubur. Susah kami keluar masuk kampung. Ada pelajar yang menunggang motor terpaksa patah balik jika terkena lumpur atau kereta terkubur,” kata Ketua Cawangan Kg. Katambalang Baru, En. Yahudi Malulur.
Ketua Kampung ketika bertemu dengan Pn. Sabini semasa KB mengunjungi keluarga salah seorang penduduk di kampung berkenaan yang meninggal, memohon jasa baik pihak pemimpin seperti ADUN dan Ahli Parlimen agar segera membantu mereka. 
“Kami tak kisah sangat dengan gelanggang dan Rumuh Kebudayaan yang terbiar. Tolong bantu kami selesaikan masalah jalanraya,” katanya.
Salah seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami bukan mengundi pembangkang, baru-baru ini kami undi Datuk, tolonglah jangan hukum kami kerana salah orang lain. Kami mahu pembelaan dan perhatian.”
Rumah Kebudayaan Kg. Katambalang yang uzur
Pn. Sabini turut menyampaikan sumbangan alat sukan kepada Ketua Cawangan Kg. Kaliwata Lama, En. Thomas Bugis. Turut menyaksikan penyerahan berkenaan ialah Ketua Wanita Cawangan berkenaan dan beberapa penduduk kampung.
KB menyampaikan sumbangan kepada KK Kg. Marais Lama
Di Kampung Marais Lama, Pn. Sabini telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung berkenaan yang terlibat dalam persediaan Perayaan Pesta Menuai di Kg. Kuala Tomani. Sumbangan sebanyak RM150 berkenaan disampaikan kepada Ketua Kampung, En. Taniou.
“Saya sempat meninjau perkembangan pembinaan gelanggang sumbangan bahan mentah dari saya di Kampung Tandalifon. Malangnya belum siap dibina. Harap En. Andin dan En Mathiew boleh usahakan segera dengan penduduk bergotong royong,” ulas beliau.
Difahamkan Pn. Sabini telah menderma bahan mentah untuk pembinaan gelanggang berkenaan seperti batu pasir, BRC dan simen selain beberapa item lain kelak.
Di Kampung Kalamatoi pula, Pn. Sabini sempat menyampaikan wang tajaan dan sumbangan alat sukan bola sepak kepada Pasukan Bola sepak kampung itu yang diketuai oleh En. Elvis Anggoh dan pengurusnya En. Maritin. Pasukan ini akan beraksi dalam pertandingan kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: