Sabah Menanti Suntikan Perjuangan Mu

Saudara & Saudari,

Kita bangga menjadi rakyat Sabah dalam sebuah negara Malaysia yang unik dan permai. Namun kita melihat masih banyak ruang dan peluang yang perlu kita susuri untuk memastikan wardah perjuangan kita benar-benar membuahkan hasil.

Kita melihat situasi di mana kemajuan infrastruktur, sosio-budaya dan ekonomi serta harga diri kita belum lagi selari dengan negeri lain di Malaysia Barat. Walaupun pada hakikatnya Sabah merupakan antara negeri yang kaya dengan sumber namun merempat di tempat sendiri.

Inilah perjuangan kita… untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri lain. Kita mahu sama-sama mewarnai Malaysia dan bukannya menjadi pengikut semata-mata. Kita melihat warga Tiong Hua dan India, walaupun bukan majoriti namun mampu bersama menjadi tiang penjuru negara ini. Kenapa kita, warga Sabah belum advance.

Kita mempunyai ramai tokoh seperti Tun Fuad Stephen, DSP Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Sapawi Apdal, Datuk Musa Aman dan sebagainya. Kita lihat mereka ini, jika mampu jadikan mereka idola malah lebih baik daripada pencapaian mereka.

Adakah kita tidak berdaya?
Adakah kita tidak bisa lagi menegakkan kepala?
Adakah kita memang tidak berbakat dan bermaruah?

Saya yakin kita mempunyai keupayaan. Proxy kita, kerajaan negara Malaysia banyak memberikan sokongan dan bantuan namun, usaha kita sendiri belum lagi berlipat ganda. Sebahagian kecil kita belum sedar akan makna perjuangan. Malah ada yang gagal menterjemahkan situasi Sabah kini sebagai situasi yang mampu memberikan peluang dan lonjatan untuk hidup berkecukupan kalau tidak pun berkelimpahan.

Apabila isu telaga minyak yang diserahkan kepada Brunei menjadi topik hangat, saya berfikir tentang satu soalan. Sejauh manakah saya ketinggalan sehingga saya belum melihat rasional penyerahan berkenaan. Namun saya tidak mahu terus menyalahkan kerajaan sebaliknya memohon pihak yang berkenaan memberikan saya banyak in-put dan maklumat. Saya mahu pihak kerajaan dan pihak berprihatin sama sama memberikan saya hujah supaya mudah untuk saya memberikan rumusan dan pandangan.

Tk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: