Rombongan PBS ke Sibu

Sebahagian peserta rombongan PBS Sabah ke Sibu
Sibu, 6 Mei 2010. Satu rombongan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai oleh Datuk Yee Moh Chai dan Datuk Jamilah Sulaiman telah tiba di Sibu, Sarawak. Rombongan ini akan berada di sana dari 6 Mei hingga 8 Mei 2010 disertai oleh lebih kurang 20 lebih orang. Rombongan ini terdiri dari Ketua-ketua Bahagian, Exco Wanita PBS Pusat dan beberapa AMT PBS Pusat seperti Ybg En. Almuddin Kaida, Timbalan Presiden PBS.

Difahamkan bahawa tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai satu Program sokongan moral kepada rakan komponen Barisan Nasional selain menambahkan pengetahuan serta mengeratkan hubungan sinaturahim di kalangan rakan komponen serta rakyat Sarawak amnya.

Pn. Sabini bersama beberapa Pemimpin Kanan PBS Sabah.

Menurut Datuk Jamilah, aktiviti ini merupakan satu peluang kepada peserta untuk melihat sendiri perkembangan politik di Sarawak serta memberikan peserta suntikan semanggat berjuang demi untuk Malaysia dan BN.

Beberapa acara telah dirangka seperti bertemu dengan Ketua Wanita BN Malaysia, Datuk Sharizat; Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yasin dan pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Sarawak. Pada 8 Mei 2010 pula, rombongan akan bersama-sama dengan calon BN dan para penyokong BN ke dewan penamaan calon.

Datuk Jamilah sedang berbincang dengan peserta rombongan

Menurut pemerhati politik, sokongan kepada BN nampak kukuh namun diingatkan kepada para petugas dan penyokong parti BN agar tidak leka atau menganggap pertandingan yang diramalkan tiga penjuru ini sebagai mudah.

“Kita kena peka terhadap suara rakyat di mana ada suara-suara yang perlu diambil perhatian. Kita tidak mahu syok sendiri. Kita dalam BN ini perlu bekerja keras dan mensasarkan kemenangan,” kata Ybg En. Almuddin Kaida, Timbalan Presiden PBS.

Pn. Sabini Ansumor, Exco Wanita PBS yang juga Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong melahirkan keyakinan bahawa penduduk Sibu, Sarawak akan memberikan mandat kepada BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: