Rombongan PBS di Penamaan Calon Sibu

Pn. Sabini bersama sebahagian peserta rombongan PBS

Sibu, 6-8 Mei 2010: Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong dengan rombongan yang diketuai oleh Datuk Jamilah, Datuk Yee Moh Chai dan Ybg En. Almuddin Kaida telah berada di bumi Sibu selama 3 hari melihat sendiri perjalanan kempen dan penamaan calon. Seramai lebih kurang 25 peserta menyertai rombongan ini.

“Pertama kali datang ke Sibu, saya merasa sangat terpesona dengan keindahan bandar ini. Anda dapat melihat penduduknya yang tekun dengan pekerjaan mereka dan sendiri dapat mendengar komen mereka tentang politik di bandar mereka,” kata Pn. Sabini.

Penyokong BN semasa penamaan calon

Beberapa peserta yang turut memberikan komen bahawa penduduk di Sibu sangat bebas mengutarakan permasalahan dan pandangan mereka berkaitan suasana politik di sana. 
“Mereka bangga dengan keadaan politik mereka yang dikuasai tempatan dan yakin trend ini adalah sihat dan harus dipertahankan,” komen salah seorang peserta.

Datuk Sharizat sedang meneliti dokumen sebelum menyampaikan ucapan.

“Kami sampai di sini dan oleh kerana hotel rata-rata penuh maka terpaksa tinggal di sebuah hotel yang menjadi penginapan Datuk Dr Wan Azizah dan keluarganya. Ramai penyokong pembangkang di hotel ini. Walau bagaimanapun kami bersyukur tidak ada kejadian tidak diingini berlaku,” kata KB dari Kalambunai.

Exco Wanita PBS, Pn. Sabini bergambar dengan Datuk Sharizat.

Dimaklumkan bahawa pada 7 Mei, peserta wanita rombongan berkesempatan bertemu dengan Ketua Wanita BN, Datuk Sharizat. Dalam ucapannya, Datuk Sharizat menyeru semua wanita BN berkerja keras untuk memastikan BN menang. 

“Yes, kami (BN) boleh menang,” kata Datuk Yee

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memuji jentera kempen BN yang telahpun bergerak. “Ini satu cabaran kepada rakan komponen memastikan BN menang dan menyebabkan calon pembangkang serta calon Bebas tidak memperemehkan usaha kerajaan BN yang konsisten selama ini,” kata beliau. “Sarawak masih memerlukan pembangunan. Kerajaan BN memberikan peruntukkan besar kepada Sarawak, ini bermakna BN mengutamakan keperluan Sarawak. Undilah BN!” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: