Pn. Sabini melawat pesakit pneumonia

Hospital 2 Mei 2010: Pn. Sabini Binti Ansumor meluangkan masa sebentar melawat seorang pesakit yang menderita penyakit pneuminia atau lebih dikenali sebagai jangkitan paru-paru. Difahamkan pesakit ini mengalami kesukaran makan dan tidak berselera makan selain mengadu makanan atau minuman yang dimakannya keluar kembali ke mulut. 

Pesakit berkenaan, En. Alex Akim merupakan bapa kepada Setiausaha Bahagian PBS N.36 Kemabong telah pun berumur 75 tahun merupakan bekas guru zaman kolonial.

“Saya belum mahu mati. Saya mahu nampak anak-anak saya berjaya. Umur saya masih muda,” katanya dengan linangan air mata.
Diagnosis awal menunjukkan beliau mengalami masalah lemah dengupan jantung dan penyakit gout serta alergik. Penyakit yang melandanya pada kali ini merupakan penyakit baru dan paling teruk setakat ini.
“Saya berdoa agar dia cepat sembuh dan akan berusaha apa yang termampu untuk membolehkannya sihat semula,” kata Pn. Sabini. “Saya tahu ramai pesakit yang ada di hospital maupun di rumah sana. Saya menyeru agar anda menabahkan hati dan ikutilah arahan pihak hospital agar anda cepat sembuh. Saya turut mendoakan kamu sembuh,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: