Penyerahan Sumbangan Ketua Bahagian

 Pn. Sabini bergambar kenangan dengan penduduk Kg. Bakuku dan rombongan.

Ulu Tomani, 10 April 2010: Prihatin dengan permasalahan rakyat, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong sekali lagi turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Kedatangan beliau  ini bukan hanya mengejutkan para penduduk malah membawa bersama khabar gembira. Kali ini Pn. Sabini bersama-sama dengan rombongan telah pergi ke Kampung Ulu Tomani yang terletak lebih kurang 79 KM dari Tenom untuk mengagih-agihkan sumbangan.

Beliau yang ditemani oleh Naib 1 Bahagian, En. Anggoh Mayah, Setiausaha Bahagian, En. Florentius Alex, Penolong Bendahari, En. Julius Suab, Penerangan Wanita, Pn. Sabin Ansumon, AJK Pemuda, En. Andin Ambaris dan beberapa ketua cawangan dan penyokong. Menyambut ketibaan beliau ialah En. Amat Ukab, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan Bakuku, En. Sumail Mabu dan En. Lawas, JKKK Kg. Ulu Tomani.

Menurut En. Julius Suab, sumbangan ikhlas pertama Ketua Bahagian disampaikan kepada wakil penduduk Kg. Ulu Tomani, En. Sumail Mabu sambil disaksikan oleh En. Lawas. Sumbangan berupa simen dan dawai besi (BRC). Dimaklumkan bahawa sebuah empangan sawah di kampung berkenaan telah pecah dilanda banjir dan perlukan pembaikan segera.

Sumbangan KB, Pn. Sabini Ansumor kepada Gereja SIB Gumisi Ulu sedang dipunggah turun.

“Para petani di kawasan yang terlibat mengalami kesulitan akibat masalah berkenaan. Kami telah menghubungi YB Datuk menerusi JKKK dan sementara itu kami memohon Ketua Bahagian meringankan masalah kami,” kata En. Sumail Mabu.

“Kami ucapan terima kasih kepada Pn. Sabini kerana prihatin dengan masalah kami. Begitu juga kami bersyukur sebab YB Datuk terbuka hati untuk membantu kami mengatasi masalah berkenaan secara jangka panjang,” tambahnya lagi.

“PBS dan ADUN bekerjasama menjaga keperluan penduduk. Sebagai parti komponen BN, PBS ingin bersama-sama dengan ADUN dan MP mahu melihat rakyat terbela dan menerusi sumbangan ini, rakyat diyakinkan bahawa BN adalah releven terhadap cita-rasa mereka,” kata En. Florentius Alex.

Pn. Sabini turut menyumbangkan zink (atap) rumah kepada salah warga emas di kampung ini yang roboh rumahnya akibat angin dan banjir baru-baru ini. Turut disampaikan dalam sumbangan berkenaan ialah beras.

Pn. Sabini Binti Ansumor sedang mengira sumbangan kepada
Kg. Bakuku, Ulu Tomani untuk Empangan Sawah di Bakuku yang roboh akibat banjir

“Kasihan nenek ini. Rumah beliau roboh dan dia terpaksa menumpang di rumah anaknya di petempatan Skim. Beliau sudah tua dan janda, maka wajarlah dibantu. Diharap akan ada pihak lain tampil membantunya,” kata Pn. Sabini.

Selain sumbangan pada hari ini, Pn. Sabini turut telah menghantar sumbangan pada hari sebelumnya di Kg. Gumisi Ulu untuk kegunaan gereja berupa simen. Difahamkan bahawa tiga minggu yang lalu Pn. Sabini telah pun menghantar batu pasir untuk kegunaan gereja SIB Gumisi Ulu.

En. Sani Ensor mewakili penduduk Kg. Gumisi Ulu mengucapkan ribuan terima-kasih di atas sumbangan Pn. Sabini dan berharap agar sikap beliau dicontohi oleh para pemimpin lain khususnya para Ketua Bahagian parti komponen BN.

“Ketua Bahagian juga ada memberikan sumbangan berupa beruti dan zink kepada rumah kebudayaan Kg. Tatau menerusi En. Angkakai. Selain itu, Kg. Tantalipon, Kuala Tomani turut menerima sumbangan daripada Ketua Bahagian PBS, N.36 Kemabong berupa batu pasir, besi (BRC) dan simen,” kata Pn. Sabin Ansumon.

“Mungkin ada pihak yang memperlekehkan sumbangan Ketua Bahagian ini yang berupa bahan asas sahaja. Mereka gemar menerima sumbangan siap seperti gelanggang atau Rumah Kebudayaan. Apa yang pastinya walaupun sumbangan Ketua Bahagian adalah terhad namun itu merupakan sumbangan ikhlas beliau. Pemimpin macam ini sukar dicari dan sudah banyak tempat yang menerima sumbangannya,” kata En. Ansapi Pawan, Bendahari Bahagian.

Ahli PBS menurunkan sumbangan kepada kepada Kg. Tatau, Kemabong 
untuk penambah-baikan rumah kebudayaan

“Beberapa cawangan lain ada memohon peralatan sukan seperti bola dan net. Sudah ada yang menerimanya manakala masih ada yang dalam senarai menunggu,” kata En. Andin Ambaris, AJK Pemuda. “Saya harap mereka bersabar. Kita tahu Ketua Bahagian bukan senang memperolehi wang untuk tujuan seumpama ini, Mungkin ada yang terpaksa dikurangkan atau ditolak, harap mereka bersabar,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: