Pelancaran Laman Web Rasmi PBS N.36 Kemabong

Kemabong, 21 April 2010: PBS Bahagian Kemabong telah melangkah setapak kehadapan apabila berjaya melancarkan Laman Web Rasmi PBS N.36 Kemabong. Laman berkenaan yang boleh dicapai melalui alamat berikut: http://pbs.freevar.com merupakan laman web telah diusahakan pembinaannya oleh Web Master Bahagian, En. Florentius Alex dan pembantu-pembantunya.

“Laman web ini sebenarnya telah dirasmikan oleh YB Datuk Radin Malleh pada 31 Januari 2010 yang lepas. Namun memandangkan masalah teknikal menyebabkan ianya tertangguh. Saya harap pihak penyokong dan pemerhati perkembangan parti dapat menerima kehadiran laman ini,” kata En. Florentius Alex. “Masih banyak kelemahan pada laman ini, kami sedang berusaha memperbaikinya,” tambahnya lagi.
“Kemunculan laman ini merupakan pelengkap kepada laman blog sedia ada. Saya mengucapkan tahniah atas usaha gigih En. Florentius dan rakan-rakannya. Saya dimaklumkan usaha ini bukan mudah dan saya sangat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen mereka,” kata Pn. Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong.
“Kamu boleh melihat perbezaan idea dan penampilan dalam home page ini. Kami pun seperti tidak percaya dapat melakukannya,” kata En. Martin Ansumor.
“Kami mulanya hampir berputus asa. Setiausaha selalu beri kami dorongan. Syukur usaha kami mulai menampakan hasil,” kata En. Julius Suab sambil dipersetyujui oleh En. Korom Rasam.
Bagi anda yang ada kesempatan untuk melawat laman web ini, sila berikan respon di alamat email berikut: pbskemabong@gmail.com
😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: