Mesyuarat 1 Majlis Daerah Tenom

Jumaat, 19 Mac 2010. Tenom: Majlis Daerah Tenom telah mengadakan mesyuarat kali pertama bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Tenom. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tenom, Tn. Sirimin M. F. Basir. 
 
Mesyuarat ini dihadiri oleh hampir kesemua Ahli Majlis Daerah yang dilantik, Ahli Majlis Daerah Tetap dan ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta wakil. Dalam mesyuarat ini Pn. Sabini Ansumor Ketua Bahagian PBS, N.36 Kemabong hadir sebagai AMD dilantik mewakili kepentingan masyarakat umum Tenom dan khususnya masyarakat Kemabong.

 
En. Esar Andamas, mantan ADUN Kemabong telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Tenom mengetepikan dua pencabar yang lain iaitu En. Jamawi Jaafar dan Dr. Marcus Takong.

 
Dalam ucapannya, En. Esar Andamas mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli dan menyeru agar kerjasama dan persefahaman dipupuk demi untuk kepentingan masyarakat daerah Tenom.

 
Menurut Pn. Sabini, pengalaman julung kali ini merupakan pendedahan kepada beliau dalam perjalanan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan dan berharap pada masa akan datang beliau akan tampil dengan pendekatan dan strategi berkesan untuk bersama-sama ahli yang lain memacu kecemerlangan Majlis Daerah Tenom.

 
“Banyak ruang yang boleh kita sumbangkan idea dan khidmat nasihat. Saya yakin dengan barisan yang baru dibentuk ini, Majlis Daerah Tenom sesi 2010-2011 mampu melangkah setapak kehadapan,” katanya dengan optimis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: