Majlis Makan Amal Anjuran Gereja SIB Kg Kalamatoi

Sabtu, 3 April 2010. Tenom: Difahamkan bahawa pihak Majlis Gereja SIB Kg. Kalamatoi menganjurkan acara seumpama ini dengan tujuan untuk memunggut dana guna memantapkan kewangan gereja dalam usaha untuk membangunkan gereja.

“Kita bersyukur kerana ramai penderma melibatkan diri dalam majlis ini. Kami berharap kutipan yang diperolehi boleh membantu kami membina bangunan tambahan dan menyiapkan Dewan Gereja SIB Kg Kalamatoi,” kata Ketua Sidang, En. Salimon.

Dianggarkan sebanyak 15 buah gereja setempat dari SIB menyertai Majlis Makan Amal ini dan penyertaan teramai dari Gereja SIB Inandung, Keningau menyumbang RM6,000 ringgit menerusi pembelian tiket 20 meja (200 kerusi).

Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong pula membeli tiket 4 meja (40 kerusi) iaitu sebanyak RM1,200. Turut serta memberikan sumbangan ialah Datuk Raimie Unggi, En. Jamawi Jaafar dan En. Anuar Rasam.

Seramai 36 orang ahli PBS yang terdiri dari wakil Jawatankuasa Bahagian, Jawatan Wanita Bahagian dan Jawatankuasa Pemuda Bahagian serta beberapa orang Ketua Cawangan telah hadir ke Majlis Makan Amal ini.

Menurut En. Julius, acara seumpama ini mendatangkan kebaikan kepada pihak gereja selain memupuk kerjasama erat dan persefahaman yang kukuh di antara peserta.

“Memang kita ingin bergerak sehaluan dengan pembangunan rohani dan sosial. PBS bukan hanya tahu berpolitik namun mendasari perjuangan dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan secara bersepadu yakni menerusi akedemik, sosial, ekonomi dan mental. Acara seumpama ini merupakan salah satu platform untuk merealisasikannya,” kata Pn. Sabini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: