Makan Amal Anjuran SIB Kalamatoi

Kemabong, 3 April 2010: Gereja SIB Kampung Kalamatoi telah mengadakan satu Majlis Makan Amal yang bertujuan memunggut dana guna pembangunan gereja. Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 450 orang yang terdiri dari kalangan penduduk kampung Kalamatoi dan dari kalangan penderma dari gereja lain.
Dalam majlis berkenaan, gereja SIB Inandung dari Keningau membeli 20 meja. Difahamkan setiap meja mengandungi sepuluh kerusi dan setiap kerusi tiketnya berharga RM30. Ini bermakna SIB Inandung menderma sebanyak RM6000 dalam bentuk pembelian tiket.
Beberapa pihak tertentu turut menyumbang pembelian tiket antara 1 hingga 4 meja seperti Datuk Raimie Unggi yang diwakili oleh En. Ampalang Payuh, Datuk Rubin yang diwakili oleh ibunya, En. Jamawi dan En. Anuar Korom. Pn. Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong pula telah menyumbang pembelian tiket 4 meja berjumlah RM1,200.
Pn. Sabini yang diiringi oleh sebahagian daripada anggota Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Pemuda,
 Bahagian, Jawatankuasa Wanita Bahagian dan para ketua cawangan. Kira-kira 40 orang pengiring beliau merasa terharu keprihatinan beliau menyumbang kepada gereja.
“Beliau telah banyak kali menghadiri Majlis Makan Amal gereja dan ini merupakan penyertaan terbesar. Saya yakin beliau melakukan ini kerana rasa terpanggil untuk membantu gereja,” kata En. Abbas Motog.
Menurut En. Gilbert@Gambar, pengalaman bersama dengan pemimpin gereja dan politik seperti ini bersama-sama menyumbang kepada pembangunan gereja adalah suatu kenangan yang manis. “Ini bermakna gereja dan politik di Kemabong ada kerjasama. Kita lihat di tempat lain pemimpin berlainan parti asyik bertelagah dan memecah-belahkan agama. Di Sabah, walaupun berbeza ideologi, kita duduk berbual bersama.”
Pn. Jorniah Leyan, Ketua Cawangan PBS pula memuji sikap pemimpin-pemimpin parti yang sudi menyumbang. “Datuk Raimie merupakan seorang penganut Islam begitu juga dengan En. Jamawi namun mereka antara penyumbang di Majlis Makan Amal ini.”
En. Junaidi Agandik pula merasa bersyukur kerana dapat berkenalan dengan para penganut SIB yang hadir. Beliau merupakan penganut RC namun percaya bahawa dinominasi itu merupakan keunikan dan bukannya penghalang dalam merealisasikan semangat 1 Malaysia dan 1 PBS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: