PBS sambut ulang tahun ke 25.

Kota Kinabalu, 5 Mac 2010. Pada tanggal ini, genaplah sudah 25 tahun Parti Bersatu Sabah ditubuhkan. Ini secara langsung menjadikan PBS sebagai parti tertua ditubuhkan di Sabah. Rakan parti lain seperti UPKO (asal), PASOK, USNO, BERJAYA, AKAR dan BERSEKUTU telah lama berkubur.

Di Sabah, masih terdapat beberapa parti tempatan yang masih aktif seperti UPKO (baru), PBRS, SAPP, LDP dan beberapa parti baru yang belum dikenali ramai. Parti seperti UPKO, PBRS dan LDP merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai oleh PBS.
Parti lain seperti PKR, MCA, UMNO, MIC, DAP dan PAS merupakan parti dari semenanjung yang dikembangkan ke Sabah. Ada kalangan parti ini merupakan parti pembangkang dan tidak sehaluan dengan PBS pada ketika ini.
Para pemimpin PBS melaungkan sorakan
Bersatu dengan ceria dan bersemangat.
“PBS setakat ini tidak mempunyai pakatan dengan parti pembangkang. PBS masih percaya bahawa perjuangan untuk rakyat mesti dilaksanakan melalui BN. Kita pernah berada di luar BN dan kita tahu, pengalaman ini cukup mengajar kita makna keberkesanan dalam mencapai agenda kepentingan rakyat,” kata Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
“Sekarang SAPP mendabik dada sebagai juara rakyat. PKR dan DAP pula meniystiharkan partinya sebagai parti yang boleh membetulkan kepincangan kerajaan BN sekarang. Kita sama-sama lihat adakah dakwaan mereka ini betul. Bagi saya hanya PBS dan BN yang terbukti releven dalam menjadi saluran suara rakyat dan medium pembangunan Sabah,” kata Puan Sabini, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong.
“Memang kelantangan PBS di dada akhbar kurang menonjol. PBS kini dianggap sebagai Pak Turut. Anggap demikian tidak tepat. PBS menyalurkan ketajaman kata-kata dan keprihatinannya menerusi perdebatan di Dewan dan ketulusan mata pena menerusi surat dan memorandum.”

Para pemimpin PBS Kemabong mengiringi
Ketua Bahagian PBS, Pn. Sabini Ansumor.

Menurut En. Marusim, Penolong Setiausaha Bahagian pula, PBS tidak perlu menyalak diluar. 
“Biasanya orang yang bising di luar rumah itu, tidak dipedulikan kerana kita tidak faham biji butir dan pokok pangkal keriuhannya. Perbuatan pukul dan sembunyi tangan turut menyebabkan kita mengabaikan mereka. Jika mereka jujur dan bertanggung-jawab, mari kemukakan masalah secara ‘gentlemen’, mari duduk berbincang dan kongsikan cadangan penyelesaiannya.”
PBS akan disambut secara sederhana tahun ini. Mengikut En. Henryanus Amin, sambutan ke-25 melibatkan acara sukan seperti bola sepak dan golf. Acara makan malam dan kolokium turut dijalankan. Seramai kira-kira 700 ahli akan berkumpul di Kota Kinabalu terdiri daripada AMT, EXco Wanita dan Exco Pemuda dan perwakilan dari 60 Bahagian.
“Kita berharap sambutan ini memantapkan lagi kasih dan kefahaman akan perjuangan parti serta memperteguhkan kekuatan parti,” kata Datuk Radin Malleh.
“Memperkasakan parti janganlah dianggap sebagai usaha menyaingi parti komponen BN seperti UMNO dan UPKO. Ini merupakan proses yang universal dan baik untuk kekuatan BN. Jika PBS lemah dan tidak berkembang, BN turut menerima kesannya. Mungkin ada yang mengatakan tanpa PBS, BN tetap menang, namun ramai lebih baik daripada sedikit,” kata En. Florentius, Setiausaha Bahagian.
Difahamkan bahawa PBS akan melancarkan Program 1PBS yang akan berusaha menambah keahlian PBS sekali ganda. Di mana menerusi program ini seorang ahli digalakkan mencari seorang ahli baru.
“Sasaran ialah kalangan belia 18 tahun ke atas dan rakyat Sabah belum berparti. Kita masih menerima permohonan keahlian dari mereka yang pernah menganggotai parti lain seperti pembangkang. Mereka mempunyai hak untuk memilih parti yang mereka sukai. Tidak ada undang-undang yang menghalang kebebasan dan hak mereka,” kata En. Anggoh Maya, Naib 1 Bahagian.
“Saya menyeru semua pihak khususnya rakyat Sabah yang masih tercari-cari parti sebagai landasan perjuangan agar menyertai PBS. Kita lihat PBS khususnya di Kemabong ini mempunyai tekad untuk berjuang demi rakyat, kerana rakyat. Kami ingin lantang menyuarakan permasalahan rakyat umum dan prihatin mendapatkan ruang untuk pembangunan yang adil dan menyeluruh. Beri PBS peluang untuk memperjuangankan hak dan kepentingan umum rakyat Sabah,” kata Pn. Sabini.

Pada kali ini, PBS Kemabong turut sama membentangkan banner ucapan selamat yang digantungkan ditempat yang strategik yakni di Daerah Kecil Kemabong. Difahamkan semua bahagian yang lain turut berbuat demikian di kawasan masing-masing.
“PBS Kemabong merakamkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-25 dan marilah sama-sama memperkasakan parti. Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan pengorbanan anda kepada PBS,” kata Pn. Sabini disambut dengan sorakan bersatu dari Ahli Jawatankuasa PBS Bahagian N.36 Kemabong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: