Makan Amal Anjuran SIB Pekan Tenom

Tenom, 6 Mac 2010: Satu Majlis Makan Amal anjuran SIB Pekan Tenom telah diadakan di Dewan Seri Antenom yang dihadiri oleh kira-kira 850 peserta. Makan Amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan Fasa Ke-3 bangunan gereja.
Antara tokoh penting yang hadir ialah Ketua Kawasan SIB Tenom, Kemabong dan pastor serta jemaah SIB. Perwakilan yang dijemput dari beberapa pemimpin parti MCA, UMNO dan PBS Kemabong turut hadir untk memberikan sumbang.
Antara ahli rombongan yang hadir di Majlis Makan Amal,
bergambardan berbual disalah sebuah restoran selepas Majlis berkenaan.
“Kita melihat gereja sebagai satu institusi yang penting dalam masyarakat. Kita tidak boleh meminggirkan peranan gereja begitu juga mana-mana agama lain. Kita ingin selari dengan ajen sosial ini dan berhasrat untuk menjaga kepentingannya,” kata Pn. Sabini.
PBS Kemabong telah menempah satu meja (10 orang) dari YB Esar Andamas. Dalam acara ini PBS Kemabong menghantar wakil yang diketuai oleh Pn. Sabini, En. Anggoh, En. Julius, En. Alex, En. Andin, En. Martin, En. Korom, Pn. Bulan, Pn. Marta dan Pn. Esther.
Sebaik sahaja acara berkenaan selesai, rombongan bersembang di salah sebuah restoran sambil berbual-bual berkaitan parti dalam suasana kekeluargaan. En. Korom dan Pn. Marta yang baru kembali aktif turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan rombongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: