Kolokium PBS wacana kesinambungan perjuangan rakyat

 Banner Majlis Pelancaran Pemikiran dan Perjuangan
YB DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)

Kota Kinabalu, 5 Mac 2010: Seramai kira-kira 700 ahli berkumpul di Atlantis, Jalan Bundusan. Acara bermula sekitar jam 9.00 pagi apabila YB DSP Joseph Pairin Kitingan memulakan dengan menceritakan latar belakang diri dan perjuangan PBS. Acara ini disertai oleh semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti, Exco Wanita dan Exco Pemuda dan perwakilan dari semua bahagian yang diketuai oleh Ketua Bahagian masing-masing.

Pemimpin PBS saling mengucapkan tahniah 
sempena 25 tahun penubuhannya.
Contoh Kad Keahlian Baru PBS
Lambaian 1 Malaysia oleh para perwakilan. 
Kelihatan dalam gambar En. Bunsilou dan En. Anduul. Hidup Malaysia!
Selepas ucapan beliau, upacara pelancaran 1PBS telah diadakan. 1PBS adalah ilham Timbalan Presiden Datuk Maximus Ongkili. Turut dirasmikan pelancarannya ialah Kad Keahlian PBS yang baru. “Kad ini menggunakan teknologi yang lebih canggih daripada yang awal dan tentu sekali menarik dan membanggakan pemiliknya,” kata YB Johnny Mositun.
 Kelihatan Timbalan Ketua Bahagain, En. Anduul dan sebahagian
perwakilan PBS Kemabong menunggu acara dimulakan.
PBS Bahagian Kemabong menghantar seramai 16 orang perwakilan yang diketuai oleh Ketua Bahagian, Pn. Sabini. Jawatankuasa bahagian diwakili oleh Pn. Sabini, Ketua Bahagian; En. Anduul, Timbalan Ketua Bahagian; En. Anggoh, Naib 1; En. Dawat, Naib 2; Pn. Senuwati, Naib (Wanita); En. Alex, Setiausaha; En. Julius, Penolong Bendahari; En. Bunsilou, AJK, En. Andin, AJK Pemuda; En. Alum, AJK Pemuda, Pn. Talinah, Bendahari Wanita; Pn. Sabin, Penerangan Wanita, Pn. Limah, AJK Wanita; En. Angkakai, Ketua Cawangan; En. Maritin, Ketua Cawangan dan En. Ambaris, Biro Bahagian.
Sebahagaian perwakilan yang sedang berbincang dalam kolokium.
En. Reno Bansat, Ketua Pemuda Bahagian – Naib (Pemuda) Bahagian tidak dapat hadir bersama kerana tidak dapat cuti. Beliau merupakan penjawat jawatan Pembantu Perubatan di Hospital Tenom terpaksa menarik diri. En. Sani dan En Sabpinar pula tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan. Meskipun begitu, kehadiran wakil mereka En. Andin dan En. Alum menunjukkan bahawa Bahagian-Pemuda-Wanita mempunyai kerjasama yang erat.
“Sebenarnya setiap bahagian diminta menghantar 11 orang termasuk Ketua Bahagian, Pn. Sabini telah merayu kepada Datuk Presiden sehingga diberikan kelonggaran membawa 16 orang perwakilan,” kata En. Anggoh. 
Datuk Presiden dikerumuni oleh perwakilan dan wartawan.
“Diharap ahli yang lain dapat bersabar menunggu peluang. Ada ahli yang tarik diri jadi kita cari penganti. Walaupun agak suntuk makluman yang diberi namun kita dapat kumpul peserta akhirnya. Diharap akan datang kita dapat mengilirkan,” kata En. Dawat, Naib 2.
‘Kecil jangan disangka anak’ demikianlah ulasan Datuk Radin
selepas mendengar ucapan bersemangat dan bernas 
Pn. Sabini ketika menyertai sumbang-saran kolokium.
Pada sebelah petang, para perwakilan berpeluang untuk mengongsikan pandangan yang bermutu kepada para perwakilan lain bertujuan untuk mencari kelebihan dan kelemahan PBS dewasa ini. Difahamkan 60 bahagian ini dikelompokkan kepada 8 zon dan dipengerusikan oleh tokoh AMT tertentu. Selesai membuat sumbang-saran, pengerusi atau wakil akan membentangkan kepada semua perwakilan sebagai makluman dan tindakan bersama. 
“Hasil Kolokium sangat memberansangkan. Para perwakilan bukan sahaja memuji ketokohan Datuk Presiden malah memikirkan secara kritis bagaimana untuk memantapkan parti. Ternyata semangat cintakan parti dan ingin melihat kegemilangan PBS sebagai parti yang releven dan bermanafaat kepada rakyat masih kukuh. Pun begitu, kita perlu mengambil kira cadangan yang bernas untuk memperkasakan parti,” kata En. Hendryanus Amin, Setiausaha Agung Parti.
Pada sebelah malamnya, acara makan diadakan di Putera Ballroom di Taman Tun Fuad. Acara penuh warna-warni ini begitu memukau hati pengunjung. Datuk Presiden dan semua Jawatankuasa Pusat (AMT, Exco Wanita dan Exco Pemuda) menarik perhatian dengan keunikan persembahan dan kemahiran tersendiri.
Antara acara yanng menarik ialah acara memotong kek beramai-ramai, acara persembahan tarian dan nyanyian, acara pertunjukkan silap mata dan acara cabutan tiket bertuah.Apa yang menarik bagi perwakilan dari Kemabong ialah apabila dua pesertanya berjaya mendapat dua hadiah saguhati cabutan tiket bertuah.

Kelihatan dalam gambar En. Anduul (batik hijau) Timbalan Ketua Bahagian, 
En. Anggoh (Naib 1) dan En. Dawat (Naib 2) dan beberapa perwakilan.

Kelihatan sebahagian perwakilan dari Kemabong bergambar kenang-kenangan.
Kumpulan meja ini diketuai oleh Pn. Senueati (batik keemasan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: