Sambutan Chap Goh Mei

Donggongon, 28 Februari 2010 (Ahad): Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan bersama dengan ahli jawatankuasa tertinggi parti telah mengadakan rumah terbuka sempena Chap Goh Mei. Hampir kesemua Ahli Majlis Tertinggi parti dan rombongan dari setiap bahagian hadir di majlis berkenaan.
Para pengunjung telah disambut dengan paluan gendang diiringi denga tarian singa. Persembahan ini mengamit hati pengunjung dan menceriakan hati terutamanya golongan kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang melihat aksi hebat para penari.
 
Sekitar jam 11.30 pagi, YAB Datuk Seri Panglima Datuk Pairin Kitingan tiba ke pekarangan Ibu PejabatParti Bersatu Sabah dan disambut dengan tarian Singa. Antara pemimpin yang mengiringi beliau ialah Datuk Yee Moh Chai dan Ybg En. Alimuddin Kaida, Timbalan Presiden PBS. Menyambut ketibaan beliau ialah Datuk Radin Malleh dan Jawatan Kuasa Tertinggi yang lain. Ketua Bahagaian PBS N.36 Kemabong, Pn. Sabini Binti Ansumor turut menyambut beliau di muka tangga utama.
YAB DSP Pairin J. Kitingan disambut oleh Pn. Sabini Ansumor,
Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong.
Dianggarkan seramai 300 pengunjung berkumpul di pekarangan Ibu Pejabat melihat tarian Singa. Malangnya hanya sedikit yang berpeluang masuk ke dalam kerana keadaan tempat yang terhad. “Di harap pada tahun akan datang kami dapat mengadakannya di tempat yang lebih luas dan terbuka,” kata salah seorang AMT kouta Tionghua yang mengalu-alukan para hadirin.
 
Pn. Sabini mengiringi Datuk Johnny Mositun beredar masuk
ke Ibu Pejabat PBS.
Datin Genevie Kitingan turut hadir menyambut tetamu.Menemankan beliau ialah para Datin dan Exco Wanita Pusat. “Saya nampak Datin agak kepenatan namun beliau masih berusaha melayan tetamu. Beliau seorang tokoh yang peramah dan berjiwa rakyat,” kata En. Julius, Penolong Bendahari PBS Bahagian Kemabong.
 Kelihatan dalam gambar, Datin Angeline dan Pn. Sabini
sedang mendengar ucapan pengacara, En. Marcelus Roman.
Turut sama hadir di rumah terbuka ini ialah para pemberita dari beberapa akhbar tempatan dan kebangsaan. Mereka tidak melepaskan peluang untuk menemu-ramah Presiden berkaitan acara ini. “Tujuan rumah terbuka ini adalah mengambarkan bahawa PBS mengamalkan sikap terbuka dan menghormati kaum lain seperti Cina. PBS bukan parti perkauman dan amalan 1Malaysia ini telah lama diamalkan di Sabah,” kata DSP Pairin J. Kitingan ketika ditanya oleh pemberita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: