Sambutan Chap Goh Mei N.36 Kemabong

Paal, Kemabong, 28 Fenruari 2010: Tahun ini merupakan satu tahun yang mencatat sejarah tersendiri yang unik apabila Kapitan Wong Tai Minh dan Adun N.36 Kemabong, YB Datuk Rubin Balang berjaya menganjurkan satu Majlis Sambutan Chap Goh Mei bertempat di perkarangan rumah Kapitan Wong Tai Minh di Kampung Paal.
Dianggarkan seramai 1200 orang hadir memeriahkan majlis yang bersifat rumah terbuka ini. Para pengunjung datangnya dari pelbagai kaum, lapisan masyarakat dan agama serta ideologi politik. Masakan untuk orang muslim dan bukan muslim disediakan secara berasingan.
 
Kelihatan dalam gambar, Datuk Rubin Balang, Kapitan Wong Tai Minh,
Kapitan Ah Kiong, YB Esar Andamas dan Pn. Sabini Ansumor
Para tetamu khas ialah YB Datuk Rubin, YB Datuk Raimie, para pemimpin parti komponen BN dan pemimpin setempat. Para tetamu ini disajikan dengan tarian Naga dan Singa. Pelbagai aksi dan tahap kesukaran yang unik dan menarik dipersembahkan dalam tarian ini.
 
Kanak-kanak sedang duduk seronok di hadapan tetamu VIP
melihat tarian naga yang hebat.
Selain dijamu dengan makanan dan minuman, para pengunjung juga dihiburkan dengan pertunjukkan bunga api yang penuh dengan warna-warni dan dentumannya. Acara ini diserikan lagi dengan senyuman gembira para kanak-kanak yang menerima pemberian Ang-pau.
 
Pn. Sabini, Datin Maimunah dan Kapitan Ah Kiong sedang memberikan 
Ang-pau sambil diperhatikan oleh Datuk Rubin dan Datuk Raimie.
“Kita tidak sangka begini ramai yang datang. Kita sangka hanya sekitar 500 orang sahaja,” kata Kapitan Wong Tai Minh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: