Pemimpin BN mengucapkan Gong Xi Fa Cai 2010

Tenom, 11 Februari 2010 (Jumaat): Para pemimpin komponen Barisan Nasional mempamerkan kerjasama dan persepakatan dengan cara turun menemui rakyat di daerah Tenom. Antara pemimpin-pemimpin berkenaan ialah Datuk Radin Malleh (PBS N.35 Melalap), Datuk Raimie Unggi (UMNO P.181 Tenom), En. Biou Suyan (KB-UPKO), Pn. Sabini Ansumor (KB-PBS), YB Esar Andamas (UMNO), Ng Tet Hau (KB-LDP), Yong (KB-MCA), Pegawai Daerah Tenom, ahli Jawatankuasa tertinggi parti komponen BN.
 
Kelihatan dalam gambar sebahagian pemimpin PBS N.36 Kemabong 
dan N.35 Melalap semasa acara berkenaan.
Menurut Pn. Sabini, acara berkenaan merupakan acara tahunan pemimpin parti komponen Barisan Nasional. “Sudah lama para pemimpin PBS Kemabong tidak turut serta acara ini akibat masalah dalaman parti, syukurlah kepimpinan yang ada sekarang kini aktif dan turut serta bersama komponen lain,” kata beliau dengan senyum lebar.
 
Kelihatan dalam gambar YB Datuk Radin dan YB Datuk Raimie,
En. Matusin Balang dan para pemimpin MCA.
Difahamkan bahawa gabungan para pemimpin berkenaan berduyun-duyun mengunjungi para peniaga dan pejalan kaki di pekan berkenaan sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru dan mengagihkan kalender. Dalam masa yang sama beberapa tokoh Cina turut mengedarkan buah limau mandarin dan air mineral kepada pengunjung.
 
“Bukan semua rakyat yang ditemui di Pekan Tenom itu berbangsa Cina, namun di Sabah semangat 1Malaysia itu sudah lama diamalkan, sebab itu tidak asing lagi semua rakyat tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa saling mengucapkan ucapan selamat,” kata Puan Sabini.
 
Kelihatan para pengikut dan pemimpin BN bersalaman
sambil bertanya khabar. Diharap ini mampu mengeratkan hubungan
sesama komponen BN.
Acara yang bermula sekitar jam 7.30 petang berakhir sekitar jam 11.00 petang. Masa yang agak panjang itu bukan hanya memenatkan malah menyebabkan para pemimpin terpaksa duduk berteduh beberapa kali. 
“Sekali nampak pekan Tenom macam kecil tetapi apabila anda mengedarinya sambil bertegur sapa dengan rakyat, nampaknya setengah hari itu tidak mencukupi,” kata En. Marusim, Penolong Setiausaha PBS.
Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Radin berbincang dengan
Setiausaha Eksekutif MDT, Pegawai Daerah Tenom
dan Ketua Bahagian PBS Kemabong.
 
Para pemimpin BN dan Pegawai Daerah Tenom sedang
berramah-mesra dengan warga emas berbangsa Cina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: