Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tenom

Tenom, 19 Februari 2010: Seramai 18 ahli lantikan bagi memegang tanggung-jawab selaku Ahli Majlis Daerah Tenom telah mengangkat sumpah. Upacara pelantikan ini disempurnakan di Hotel Perkasa Tenom. Upacara ini disaksikan oleh YB Datuk Radin Malleh dan YB Datuk Rubin Balang. Turut sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Daerah Tenom dan beberapa jemputan khas.   
Dalam upacara berkenaan, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, Pn. Sabini Binti Ansumor telah dilantik sebagai ahli. Mengulas pelantikan beliau berkenaan, Pn. Sabini berikrar akan memberikan kerjasama kepada barisan ahli majlis.
Menurut beliau, pelantikan berkenaan merupakan satu tanggung-jawab yang berat namun ini tidak akan mematahkan semanggatnya untuk berbakti.
“Saya ingin mencurahkan idea dan tenaga dalam memajukan pekan Tenom serta membantu dalam perancangan perkembangan pekan ini sehingga menjadi bandar. saya tertarik juga dengan pewujudan pekan kecil yang sedang dirancang sekarang. Diharap ianya dapat direalisasikan.”
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Tenom kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Saya turut mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dan berharap kita dapat bekerja sebagai satu pasukan demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan Daerah Tenom dan rakyat yang kita wakili.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: