MENJELANG GONG XI FA CHAI

TENOM, 06 Februari 2010: Masyarakat kaum Tiong Hua mulai sibuk membuat persiapan terakhir sempena sambutan Tahun Bartu Cina yang akan disambut pada 14 dan 15 Februari 2009 ini. Tahun Harimau kali ini kononnya yang akan disambut kali ini disambut secara sederhana memandangkan keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya.

Kelihatan dalam gambar, suasana penuh warna warni
kedai menjual kelengkapan sambutan Tahun Baru Cina.
Menurut Pn. Tilinah Fung, acara sambutan akan bermula pada hari Sabtu, 13 Februari 2010 bila mana keluarga akan berkumpul dan makan sehidangan. Pada masa inilah semangat kekeluargaan menjadi asas yang penting.
“Kemeriahan Tahun Baru masih kelihatan meskipun harga barang tidak serendah dahulu. Kami membeli-belah cukup-cukup sahaja,” kata En. Tham, seorang guru di SMK Kemabong. Beliau yang berasal dari semenanjung merasakan Sabah ini sebuah negeri yang konduksif dan permai. “Saya gembira berada di Sabah namun saya kena pulang juga apabila merayakan Tahun Baru Cina.”

Difahamkan bahawa guru berbangsa Cina biasanya memberikan buah limau Mandarin kepada rakan sejawat tanpa mengira kaum.

Dalam persediaan menjelang Tahun Baru Cina, para peniaga diingatkan agar jangan sesekali mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. “PBS Kemabong di bawah Biro Kebajikan akan memantau harga barang dan tidak akan bertolak-ansur dengan peniaga yang menipu atau menyerokkan barang dengan tujuan menaikkan harga,” kata Encik Ansurung Arat, AJK Bahagian Merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Sosio-ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: