DERMA DARAH SUMBANGAN AHLI PBS

Kemabong, 31 Januari 2010: Bersempena dengan Mini Kongres PBS N.36 Kemabong, satu program derma darah telah diselitkan. Kakitangan Hospital Tenom yang dijemput hadir mengendalikan program berkenaan sangat dipuji kerana sabar melayan kerenah para penderma.

“Mereka sudi datang ke sini dengan susah payah untuk berkhidmat dengan ikhlas. Saya bangga dengan mereka,” kata Puan Sabini Binti Ansumor. “Saya telah menghubungi mereka untuk mendermakan darah, malang sekali saya tidak dapat melayani mereka. Saya sangat sibuk, diharap mereka sudi memaafkan saya.”

Difahamkan kesibukan dan pertindihan masa dan acara menyebabkan bilangan penderma tidak seramai yang diharapkan namun memberangsangkan. “Saya sendiri ingin menderma darah namun tidak berkesempatan kerana diperlukan di Majlis Perasmian,” kata Ketua Bahagian.

“Ramai yang datang untuk diperiksa dan ingin menderma. Saya nampak mereka ada komitmen namun ada yang ditolak kerana kurang rehat atau tekanan yang tinggi,” kata salah seorang juru rata yang dihubungi.

Menurut En. Sabpinar, pada mulanya beliau merasa gemuruh namun memikirkan murninya sikap menyumbang darah yang boleh menyelamatkan nyawa, maka dia berjaya juga mendermakan darah.

Sebenarnya menderma darah ini baik untuk kesihatan. Ini kerana anda dapat memeriksa darah anda serta memperbaharui semula darah anda,” kata En. Alex. Beliau sendiri turut menyumbangkan darah beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: