Pengisian Ceramah yang Berfaedah

Dewan Serbaguna Kg. Kalamatoi, 28-29 Januari 2010: Mini Kongres PBS N.36 Kemabong pada tahun ini menyelitkan beberapa siri ceramah yang baik untuk perkembangan parti dan rakyat Kemabong umumnya. Sebanyak 4 slot ceramah diadakan dan disampaikan oleh beberapa tokoh yang berwibawa seperti berikut:
Tajuk: Hala Tuju PBS
Penceramah: Ybg En. Henryanus Amin
Beliau telah memberikan gambaran secara ringkas akan sejarah awal penubuhan PBS dan perkembangannya sehingga kini. Dalam masa yang sama beliau menekankan kenapa PBS dianggap sebagai releven. Beliau turut menjelaskan kedudukan PBS dalam komponen BN dan konsep semangat komponen BN yang dipegang kini.
Beliau turut mendorong ahli PBS untuk giat di dalam peningkatan taraf hidup dalam usaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Pelbagai bentuk perusahaan telah diperkenalkan oleh beliau seperti penanaman organik, orkid dan gula. Diakhir ceramah ini beliau menyeru agar penduduk yang berminat berhubung dengan pihak pentadbiran Bahagian untuk mengikuti kursus lanjut usaha berkenaan.
YB Datuk Bernard S. Maraat sedang menyampaikan ceramah.
Tokoh ini wajar diberikan peluang untuk berbakti kepada rakyat di kawasannya.
Tajuk: Motivasi
Penceramah: YB Datuk Bernard S. Maraat
Beliau telah mengemukakan pentingnya penduduk Kemabong mempunyai semangat juang dalam kehidupan seharian dan dalam memastikan kemenangan parti dan BN. Menurut beliau, usaha yang berterusan dan keyakinan dapat membuahkan hasil. Kemajuan dalam bidang infrastruktur dan pembangunan perlu diseimbangkan dari segi kemajuan pendidikan dan ekonomi. Menurutnya, kesejahteraan rakyat hendaklah diutamakan tanpa meminggirkan aspek sosial dan rohani.
Tajuk: Pengurusan parti
Penceramah: En. Alex
Beliau memberikan pendedahan umum berkenaan dengan perlembagaan parti PBS di peringkat Bahagian dan Cawangan. Pendedahan ini mencakupi syarat-syarat penubuhan dan pembubaran, pentadbiran Bahagian dan Cawangan serta keahlian. Beliau turut membincangkan isu berkaitan kesetiaan dan kepatuhan kepada parti serta beberapa masalah teknikal parti.
 
Ybg En. Sabastian sedang menyampaikan ceramah beliau.
Pengalaman beliau yang pernah menjawat sebagai Naib Presiden dan
Ketua Bahagian ini sesuai dijadikan ramuan kepada pemimpin muda.

Tajuk: Jentera Parti (Menghadapi Pilihanraya)
Penceramah: Ybg En. Sabastian Dirih Ajim
Beliau menekankan pentingnya mendapat panduan asas dari pihak pentadbiran pusat. Beliau turut menerangkan secara ringkas rekabentuk jentera dalam konteks BN dan bagaimana perjalanan kempen di Bahagiannya sendiri di Kuala Penyu. Beliau menekankan pentingnya kerjasama sesama parti komponen dan bagaimana mekanisma yang transperan serta akrab boleh mencetuskan kemenangan.
 
Penyampaian ceramah oleh En. Marcus Shapi memukau pendengar.
Ybg En. Sabastian turut suka mendengar ceramah beliau.
Tajuk: Kepimpinan

Penceramah: En. Marcus Shapi

Beliau mengemukakan beberapa pendekatan serta stail kepimpinan yang diamalkan dewasa ini. Beliau membuat analisis kritikal dengan contoh yang sesuai yang kini diamalkan di peringkat PBS Bahagian Kemabong. Antara contoh yang dikupas oleh beliau ialah matlamat atau manifesto PBS bahagian ini dan perkembangannya dalam beberapa bulan sahaj sejak diaktifkan.
Secara ringkasnya, pengisian ceramah ini telah memberikan gambaran ringkas yang berguna kepada para pendengar yang terdiri daripada para perwakilan, tokoh pemimpin setempat dan pemerhati. Sememangnya ceramah ini bukan sahaja sesuai untuk memulihkan keyakinan dan semangat ahli PBS yang menyertai malah sesuai juga diaplikasikan dalam kemahiran memajukan diri mereka dalam kehidupan seharian.
“Agak mustahil untuk kita memenuhi semua keperluan peserta, begitu juga agak mustahil untuk kita menjawab semua persoalan mereka, namun sedikit sebanyak memberi mereka gambaran yang positif. Ini lebih baik daripada tidak ada langsung,” kata setiausaha Bahagian, En. Alex.
“Agak baik juga kalau kita dapat menjemput tokoh dari pihak UMNO untuk memberikan ceramah berkaitan kerjasama dalam BN. Ini memberikan gambaran kepada peserta bahawa PBS dan UMNO mengamalkan setiakawan dalam BN dan akan mengukuhkan ikatan kerjasama dalam piliharaya akan datang yang diramal sengit,” kata En. Alum, AJK Pemuda Bahagian. 
Difahamkan YB Datuk Rubin dan YB Datuk Raime ada dijemput hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan pada 28 Januari 2010 namun kedua-dua wakil rakyat ini tidak dapat hadir. “Yang penting kita sudah jemput mereka, kita memang suka mereka bersama kita. Apa boleh buat, masing-masing sibuk,” ulas En. Lusar Ansinum, AJK Bahagian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: