Malam Bersatu Mini Kongres

Dewan Serbaguna Kg. Kalamatoi, 28 Januari 2010: Malam pertama Mini Kongres dimeriahkan lagi dengan acara Malam Bersatu dimana semasa program ini beberapa aktiviti telah diselitkan antaranya ialah acara makan bersama-sama, nyanyian dan tarian serta sedikit ucapan.

Malam Bersatu ini diadakan di Rumah Kebudayaan Kg. Kalamatoi. Rumah Kebudayaan ini juga merupakan tempat menginap beberapa perwakilan dari cawangan yang jauh seperti Alutok, Kaang, Amboi 1, Sosopon dan Bakuku.

 
Tetamu VIP YB Datuk Bernard S. Maraat sedang menikmati
Bak-Ku-Teh yang dihidangkan untuk tetamu bukan muslim.

  
Kelihatan para perwakilan sedang berbaris mendapatkan makanan. 
Acara Malam Bersatu ini pada mulanya dikunjungi ramai namun memandangkan ramai yang tinggal jauh dan perlu pulang untuk berehat bagi mengikuti program keesokan harinya, maka ramai yang pulang awal. Hanya mereka yang datang dari kampung berdekatan sahaja yang memeriahkan acara ini hingga tengah malam.

Salah seorang pemuda yang menyumbangkan lagu untuk menghiburkan
tetamu pada malam berkenaan.
Pengacara Malam Bersatu ialah En. Alum Ansuku menunjukkan keunikan beliau dengan kemahiran meniru kepetahan pengacara DJ Murut. Beliau juga berbakat menyanyikan beberapa lagu Murut yang tengah panas masa kini. 
Majlis ini turut diserikan oleh nyanyian Ybg Sabini Binti Ansumor, En. Anggoh Mayah, En. Florentius Alex, Pn. Senuwati Esui, Pn. Sabin Ansumon dan Pn. Jorniah Leyan, En. Murang, artis tempatan dan penyanyi tempatan lain. yang menariknya, persembahan lagu ini biasanya disertai dengan tarian para hadirin.

Beberapa ahli Jawatankuasa Tertinggi Pergerakan Wanita
yang turut bersama-sama memeriahkan Malam Bersatu.

En. Murang sedang meyakinkan Pn Sabini bahawa penglibatannya
dalam kejadian keluar parti adalah tidak disengajakan. Beliau menafikan
keluar parti PBS dan berikrar akan setia pada PBS.
“Kalau acara ini dijadikan acara wajib hadir tentu ramai yang hadir. Tapi biarlah mereka rehat. Yang penting esok mereka hadir ceramah. Marilah kita eratkan tali persahabatan sambil menghiburkan mereka yang tinggal di Rumah Kebudayaan ini,” kata En. Alex.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: