Majlis Perasmian Pembukaan Mini Kongres

Dewan Serbaguna SIB Kg. Kalamatoi, 28 Januari 2010: Mini Kongres PBS N.36 Kemabong telah dirasmikan oleh Ybg En. Henryanus Amin. Beliau merupakan wakil yang dipercayakan oleh YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS dan merupakan Setiausaha Agung PBS masa kini.

Ybg En. Henryanus Amin sedang berucap

“Saya merasa bersyukur kerana tiba ke Kemabong dan melihat sendiri perkembangan PBS di bahagian ini. Baru dalam usia beberapa bulan ini bahagian anda telah melakukan banyak aktiviti dan kami sangat gembira. Inilah semangat dan perjuangan yang perlu ada dalam setiap bahagian,” kata beliau semasa ucapan perasmian.

Setiausaha Agung turut menekankan pentingnya kerjasama dan pelaksanaan perkongsian kuasa dalam BN direalisasikan. “Jawatankuasa Bahagian kamu hendaklah menpunyai hubungan yang erat dengan wakil rakyat. Mereka ini merupakan pemimpin di tempat ini dan sebagai komponen kita membantu mereka.”

Turut mengiringi beliau ialah YB Datuk Radin Malleh, Naib Presiden merangkap Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan beberapa ahli rombongan dari PBS N.35 Melalap.

“Sebenarnya kehadiran YB Datuk Radin pada hari ini merupakan satu kejutan bagi kami,” kata En. Anggoh Mayah. Difahamkan YB Datuk Rubin dijemput merasmikan Majlis Penutupan pada 30 Januari 2010 ini. “Nampaknya Datuk sudi melihat-lihat akan kami ini,” tambahnya lagi.

 
Kelihatan sebahagian perwakilan dan ahli Jawatakuasa Bahagian, 
Jawatankuasa Pergerakan Pemuda dan Wanita sedang menyanyikan lagu Bersatu.

Ketibaan beliau disambut oleh paluan gong dan diserikan oleh tarian suku kaum Lundayeh dari gabungan Cawangan-cawangan dari Baru Jumpa yang diketuai oleh En. Dawat Baru, Naib 2 Bahagian.
 
Setiausaha Agung bergambar kenang-kenangan dengan para
perwakilan Mini Kongres. Turut kelihatan ialah Ketua Bahagian, Pn. Sabini Binti Ansumor, 
Ketua Pemuda Bahagian, En Reno Bansat dan Ketua Wanita Bahagian, Pn. Senuwati Esui.

Dalam Majlis yang sama, YB Datuk Radin Malleh telah diberikan penghormatan untuk merasmikan Laman Blog PBS Kemabong. Ybg En. Hendryanus Amin ketika mengulas berkaitan laman ini, memuji pihak PBS Kemabong yang mengambil inisiatif selangkah ke hadapan dan berharap laman ini digunakan sebaik mungkin dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan parti.

Inilah muka utama laman bolg yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Radin Malleh.
Dimaklumkan atas sebab ingin membuat kemas kini hosting sites maka laman ini, 
terpaksa ditanggungkan penampilannya. difahamkan hamparan yang baru lebih interaktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: