Kesibukan menjelang Mini Kongres

Kg. Kalamatoi, 27 Januari 2010: Ketika Mini Kongres PBS N.36 Kemabong menunggu hari lagi untuk dilangsungkan, para urusetia dan penduduk Kampung Kalamatoi, Kg. Sugiang Lama sebagai tuan rumah pula sibuk membuat persediaan.
 
Kelihatan dalam gambar sebahagian ahli Pemuda sedang berlatih
memalu gong sambutan.
“Kami mendapat khidmat latihan memalu gong dari En. Mutang. Beliau seorang veteren yang pakar dalam memalu gong. Ini pengalaman dan kemahiran yang menarik untuk kami. Semoga kami tidak kekok ketika persembahan nanti,” kata En. Ronnie, Timbalan JKKK Kg. Kalamatoi.
 
Kelihatan para wanita sedang berlatih tarian yang
bakal dipersembahkan dalam Majlis Penutup Mini Kongres.

 Ketua Bahagian sedang berbual dengan para penari yang baru berehat.

“Mulanya kami rasa segan sebab sudah mempunyai anak. Takut badan sudah keras. Tapi apabila kami mula menari, kami dapati rupanya kami masih boleh menari,” cerita Pn. Esther Mawang, Ketua Wanita Kg. Kalamatoi. “Nasib baik juga penari yang masih bujang terus menyokong kami, kalau tidak manalah kami mahu mencuba. Saya harap PBS akan menjadi harapan BN,” tambahnya lagi.
  
 Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong Ybg. Pn. Sabini Ansumor bersama 
rombangan sedang berbincang dengan wakil Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,
YB En. Hendryanus Amin, Setiausaha Agung PBS Sabah.
Pada malam sebelum perasmian Mini Kongres berkenaan, Pn. Sabini dengan diiringi oleh En. Anggoh Mayah (Naib 1), En. Dawat Baru (Naib 2), En. Julius Suab (Penolong Bendahari), Setiausaha, KK. En. Bunsilou Latif (AJK Bahagian) dan Pn. Tilinah Fung (Bendahari Pergerakan Wanita) telah bertemu dengan Ybg En. Henryanus Amin, Setiausaha Agung PBS.
“En. Hendryanus seorang yang berpandangan jauh dan sangat komited dengan perjuangan PBS. Beliau banyak memberikan tips dan dorongan kepada kami khususnya dalam membina keakraban dengan para pemimpin BN di Tenom seperti YB Datiuk Rubin dan YB Datuk Raime.” Demikianlah pandangan ringkas yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, En. Alex.
“Datuk Presiden sebenarnya berbesar hati untuk datang sendiri ke Kemabong merasmikan sendiri Mini Kongres ini. Malangnya kesihatan beliau belum pulih sepenuhnya. Justeru itu, beliau telah memilih sendiri saya untuk melihat perkembangan di sini dan seterusnya merasmikan Mini Kongres ini,” kata En. Hendryanus Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: