Persediaan Mini Kongres PBS Bahagian: Mesyuarat Pelaksana Kali Ke-3

Kg. Kalamatoi: Persediaan Mini Kongres yang akan dijalankan pada tanggal 28-30 Januari 2010 yang bakal dirasmikan oleh Ybg. En. Hendryanus Amin kini sedang giat dijalankan. Difahamkan bahawa 23 Januari yang lalu, satu mesyuarat Pelaksana kali ke 3 telah diadakan di Rumah Kebudayaan Kg. Kalamatoi.
Pn. Sabini Ansumor sedang mempengerusikan Mesyuarat Pelaksana Kali Ke-3
Mini Kongres PBS Bahagian N.36 Kemabong
 
 Sebahagian ahli Urusetia yang terlibat dengan pelaksanaan
Mini Kongres PBS Bahagian N.36 Kemabong
Menurut Pn. Sabini, pemeriksaan akhir bagi persediaan termasuk gotong-royong menyiapkan sambutan akan diadakan pada 27 Januari 2010.
“Sebenrnya kita mendapat jemputan daripada PBS Melalap untuk hadir menjadi peserta kepada kursus motivasi yang akan disampaikan oleh Ybg En. Hendryanus, malangnya kita tidak dapat hadir,” katanya sambil mengambarkan bahawa kerjasama dikalangan ahli Jawatankuasa sebagai positif dan memberansangkan.
“Mini Kongres ini adalah acara yang besar. Kita ada menyemput beberapa tokoh politik termasuk YB Datuk Rubin dan YB Datuk Raime. Kita mengambil pendekatan transperan dan menjiwai semangat Barisan Nasional,” tambah beliau sambil tersenyum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: