Penduduk Kg. Kalamatoi Bergotong-Royong

Kelihatan sebahagian peserta gotong-royong memberishkan
padang Kg. Kalamatoi menggunakan mesin bimbit.
Kg. Kalamatoi: Pada 23 Januari lalu, para penduduk kampung telah mengadakan satu acara gotong-royong membersihkan padang bola sepak Kg. Kalamatoi, kawasan halaman Dewan Serbaguna dan Rumah Kebudayaan serta menampal plater (simen) pada simen bahagian dalam Dewan Serbaguna.
 
Masa bersantai rehat sambil berbual di kalangan peserta
gotong-royong membersihkan gereja dan dewan serbaguna Kg. Kalamatoi.
Menurut En. Andawai, JKKK Kg. Kalamatoi , ini merupakan satu acara bersifat sosial yang baik untuk kampung. “Kampung ini bakal dikunjungi oleh para pemimpin seperti Datuk Rubin, Datuk Radin dan Datuk Raime. Adalah baik jika kampung kita kelihatan terjaga dan bersih.”
 Pn. Sabini kelihatan sedang bertegur sapa dengan
peserta gotong-royong Pastor SIB Kalamatoi
“Pihak Pn. Sabini telah mendermakan bahan binaan asas kepada Dewan Serbaguna, jadi kita mahu pastikan bahan seperti simen berkenaan tidak keras. Jadi kita akan gunakannya agar dewan kita ber’paitong’ (berplaster simen) dindingnya,” kata En. Salimon, Ketua Sidang SIB Kalamatoi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: