Majlis Penyerahan Peruntukan Alat Sukan

Kg. Kalamatoi (Ahad: 24 Januari): Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong telah menyampaikan peralatan sukan kepada Persekutuan Muda-Mudi (PMM) Gereja SIB Kampung Kalamatoi. Acara ini diadakan selepas acara Kebaktian disempurnakan.
Menurut Puan Sabini, pihak PBS berpendapat bahawa sebarang peruntukan hendaklah disalurkan kepada majoriti penduduk. Ini kerana aktiviti sukan seharusnya menjadi amalan semua penduduk tanpa mengira ideologi politik dan keahlian. Memandangkan kalangan pemuda-pemudi merupakan pelopor utama aktiviti ini maka sebaiknya PMM diberi peluang mengurus dan menggunakannya.
“Kita sebaiknya cuba memberikan peruntukan ini kepada semua penduduk. Kita tidak akan terlalu fanatik dan tahsub kepada ahli parti sahaja. Cuba bayangkan jika peruntukan dari kerajaan dinikmati oleh ahli parti tertentu sahaja. tentu sekali ini mendatangkan ketika selarasan dan mewujudkan pecah dan perintah,” katanya ketika ditanya.
En. Salimon, Ketua Sidang SIB sedang mengacarakan upacara
penyerahan sumbangan peralatan sukan oleh Pn. Sabini.
Menurutnya lagi, ahli pemuda PBS cawangan tidak akan diketepikan. Mereka ini merupakan sayap kanan parti dan mereka akan diberi perhatian sewajarnya. “Kita mahu mereka menyumbang kepada parti. Parti pula perlu menyumbang kepada kestabilan politik dan pembangunan negara serta memperjuangkan hak rakyat. Melalui cara ini barulah ada usaha memberi dan menerima,” katanya sambil disambut dengan tepukan oleh beberapa ahli Jawatankuasa Pemuda Cawangan.
“Saya berpesan agar PMM terus memberikan sokongan kepada pihak kepimpinan Gereja,” pesan Pn. Sabini kepada PMM. “Asahlah bakat dan jadilah pemimpin kampung, gereja atau politik akan datang. Ini boleh diasah dan digilap namun hendaklah bermula dari sekarang,” katanya lagi.
En. Salimon, Ketua Sidang SIB Kalamatoi pula mengucap syukur di atas sumbangan berkenaan dan berharap pihak PBS Bahagian sudi untuk ‘menengok-nengok’ gereja berkenaan.
“PBS merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional, parti yang memerintah Malaysia, memang wajarlah PBS memberikan sumbangan kepada rakyat. Memang BN prihatin kepada keperluan rakyat dan berharap pihak kerajaan akan memberikan banyak peruntukan bersalur kepada PBS agar usaha parti pembangkang memecah-belahkan kerjasama BN dalam usaha untuk merampas Kemabong tidak kesampaian. Ada pihak tertentu mengatakan kerjasama BN tidak diperlukan lagi di Kemabong, menurut pihak berkenaan ahli komponen lain ada yang dianak tiri malah dilayan seperti pembangkang. Saya berpendapat ini hanya dakyah politik pembangkang. PBS Kemabong konsisten dengan semangat BN dan percaya kepimpinan BN khususnya di P.181 dan umumnya di Sabah bersifat telus dan tahu menghargai sokongan dan undi ahli PBS dan komponen lain. Hajat pembangkang tidak akan kesampaian dan mereka akan kehilangan seri sebelum bersanding,” kata En. Alex.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: