PBS Kemabong BerKongres

PBS KEMABONG sedang bersiap sedia untuk mengadakan Mini Kongres 2010 yang akan menyatukan semula kira-kira 250 perwakilan dari 62 cawangan PBS di Bahagian ini. Mini Kongres ini merupakan  satu langkah drastik yang dibuat oleh Ketua Bahagian, Puan Sabini Binti Ansumor yang baru memegang tampuk bahagian selama lima bulan.

Pada mulanya kita tidak mahu mengeluarkan wang begitu banyak RM17,500. Wang berkenaan dipinjamkan oleh En. Florentius. PBS Bahagian ini baru diaktifkan semula, memang sulit untuk menyediakan peruntukan sebanyak itu. Namun difahamkan bahawa senario politik bahagian ini memaksa program yang dikira besar ini diadakan bulan ini.
“Saya melihat PBS ini bukan sekadar parti yang perlu wujud sebaliknya melihat kesempatan(pengaktifan) ini sebagai peluang utnuk berkhidmat kepada rakyat. Dalam usaha itu, para pemimpin PBS dari atasan hingga ke akar umbi perlu tahu matlamat kita sebagai pemimpin dan mereka perlu dilibatkan dalam agenda kemakmuran rakyat,” kata beliau dengan yakin.
Pemimpin dari PKR dan SAPP ini boleh merayu undi bekas ahli PBS
jika PBS Kemabong terus berkubur. Jangan jadikan PKR dan SAPP
pilihan alternatif kepada wadah perjuangan rakyat. Aktifkan PBS,
bantu BN dan realilsasikan semangat BN.
Menurutnya lagi, kurangnya pertemuan dengan pemimpin bawahan menyebabkan kepimpinan atasan PBS bahagian terpaksa menghadapi beban merialisasikan visi menjadikan PBS medium keperluan rakyat.
“Kita mahu ahli PBS melihat apa yang kita buat dalam masa lima bulan menerajui bahagian. Kita mahu rakyat tahu bahawa PBS sebagai sebuah parti komponen mendukung BN. Kita juga mahu rakyat melihat kita bekerja bukan hanya untuk parti sebaliknya untuk mengutarakan permasalahan rakyat dan membantu kerajaan membantu rakyat,” katanya lagi.
Berdasarkan pengamatan Editor, PBS bahagian ini telah melakukan kegitan seperti berikut selama lima bulan pertadbirannya:
  1. Pemerhati AGM N.32 Tambunan
  2. Menyertai Hari Terbuka Hari Raya P.181 (Anjuran YB Raime Unggi)
  3. Menghantar delegasi menemui Setiausaha Eksekutif (tentang pengurusan parti, Laporan Tahunan/Pendaftaran PBS Bahagian)
  4. Memantau masalah infrasturktur N.36 Kemabong (mendapatkan laporan kekurangan infrastruktur)
  5. Menghantar delegasi menemui Setiausaha Agung (sokongan berkaitan pembangunan Infrastruktur N.36 Kemabong)
  6. Menyumbang dalam Makan Amal Kg. Bakuku (SIB Bakuku)
  7. Menyumbang dalam Makan AMal Kg. Mailo (SIB Mailo)
  8. Menyertai Kongres Tahunan ke-24 PBS Sabah
  9. Memberi sumbangan kepada ahli (sakit/meninggal/kesempitan)
  10. Memberikan peruntukan kepada Gereja-gereja (Kalamatoi, Tinura, Pamaluyan, Gumisi, Abul, Kaliwata Baru, Katambalang Baru, Kemabong Baru, Ulu Tomani)
  11. Memberikan hadiah hamper kepada ketua-ketua cawangan (52 hamper)
  12. Mengedarkan pakaian seragam (JK Bahagian dan JK Pergerakan Wanita Bahagian)
  13. Menghantar delegasi menemui Pengarah JKR (memohon masalah infrastruktur di Kemabong diambil perhatian)
  14. Melaksanakan Pertandingan Memasak Makanan Tradisi Murut-Lundayeh (Kg. Abul)
  15. Menyertai Sambutan Hari Krismas N.35 Melalap
  16. Menganjurkan Program Seminar Penanaman Gaharu (Kg. Kalamatoi)
“Memang banyak aktiviti yang dilakukan sehingga kini termasuk beberapa kali mesyuarat bahagian, tidak termasuk perbincangan namun didapati bahawa tindakan berkenaan belum terhidu oleh sesetengah pihak. Oleh itu kita ingin semua pihak tahu kita ada beroperasi. Apabila ada makluman ini kepada semua pihak, maka mudah untuk kita menjadi saluran mereka. Ini kerana rakyat tahu kita peka pada permasalahan mereka.”
Berdasarkan maklumat rambang yang dikutip mendapati bahawa PBS Kemabong pelahan-lahan diterima semula aktif di Kemabong.
“Sukar untuk sesetengah pihak menerima kehadiran PBS. Agaknya memang sudah resmi yang lewat muncul dianggap memberi saingan. PBS Kemabong tidak akan menikam rakan sekomponen. Kami amalkan demokrasi. Jika ada yang sudi mengisi borang memohon keahlian PBS, kita akan proses dan kita akan terima jika dia layak. Para pemimpin komponen perlu diyakinkan bahawa kita bekerja memantapkan BN. Saya difahamkan para ahli pembangkang ada yang menyusup dan cuba mengucar-kacirkan PBS. Ada juga ahli pembangkang sedang giat menanam pengaruh di Tenom ini. Mereka sedang berusaha menjatuhkan BN. Kita sudah berada dalam BN, maka saya menyeru para penyokong PBS jangan terpedaya dengan pembangkang. PBS sudah diberi peluang aktif di Kemabong, kita jadikan PBS yang baru aktif ini sebagai saluran kita bersuara untuk kesejahteraan rakyat.”

Beli buku tentang Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Amazon:

  1. Pairin’s victory: 1985-1986 Sabah elections
  2. Pairin’ Up: The Ultimmate Relating and Dating Guide for Christian Teens 
  3. J. Pairin Kitingan, the making of a Malaysian: A collection of speeches by Datuk Joseph Pairin Kitingan during his first two terms of office as the Chief Minister of Sabah, 1985-1990
  4. Pairin Up ShelftalkerTokoh: Perjalanan seribu batu bermula dari langkah yang pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: