Ketua Bahagian Menghadiri Mesyuarat

Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, Pn. Sabini Binti Ansumor telah menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Exco Pergerakan Wanita di Ibu Pejabat PBS, Pekan Donggongon, Penampang. Difahamkan bahawa Pn. Sabini yang telah dipilih sebagai ahli Exco Pergerakan Wanita Pusat pada pemilihan kali ke 24 tahun lalu menerima jemputan dari Datuk Jamilah Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita yang juga Naib Presiden PBS berkenaan telah menjemput beliau hadir.
“Saya akan hadir dalam mesyuarat berkenaan dan akan memberikan kerjasama dengan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pergerakan berkenaan. Saya tahu pengalaman saya belum matang dalam berpolitik namun saya percaya dengan sokongan dan kerjasama semua, saya mampu belajar memberikan khidmat terbaik  untuk parti,” kata beliau apabila diminta mengulas jemputan berkenaan.
Menurutnya lagi, melalui Jawatannya dalam Exco berkenaan akan membantunya untuk menyuarakan masalah rakyat serta mencapai visi “Memantapkan PBS Ke Akar Umbi.”
“Sudah sampai masa untuk saya memberikan sumbangan. Para perwakilan telah memberikan mandat kepada saya berbakti kepada Pergerakan Wanita dan PBS umumnya, saya tidak akan lepaskan peluang ini,” katanya dengan yakin.
Pada tanggal 17 Januari (semalam) pula, beliau telah menghadiri mesyuarat dengan penduduk kampung di Kampung Kalamatoi. Dalam mesyuarat berkenaan, Pn. Sabini mengumumkan akan memberikan peruntukan berupa bahan asas untuk menyiapkan plaster simen dinding Dewan Serbaguna Gereja SIB Kalamatoi.
“Peruntukan ini tidak banyak. Walau bagaimanapun ini sahaja yang saya termampu. Bahan seperti pasir dan simen berkenaan boleh menjadikan bangunan berkenaan sekurang-kurangnya agak baik daripada sekarang,” kata Pn. Sabini berkenaan.
“Kita akan adakan gotong-royong pada hari Sabtu (23 Januari 2010) ini untuk memplaster dinding dewan berkenaan. Pada masa yang sama penduduk yang lain boleh mengadakan gotong-royong membershikan Rumah Kebudayaan,” kata En. Salimun, Ketua Sidang SIB Kg. Kalamatoi.
En. Megah Intung selaku Ketua PMM pula melahirkan rasa bersyukur kerana Pn. Sabini sudi mendermakan peralatan suka kepada Persatuan Muda-Mudi. Difahamkan bahawa Ketua Bahagian berkenaan telah menyediakan 1 bola sepak, 2 bola takraw, 1 bola tampar, 1 net bola tampar dan 1 net bola takraw.
“Saya berikan peralatan sukan itu kepada PMM sebab tidak mahu dikatakan berat sebelah. Selepas berbincang dengan ahli pergerakan pemuda, En. Andiri Ambaris dan beberapa pemuda, kami putuskan untuk serah kepada PMM. Diharap pihak parti lain seperti UMNO turut mengongsikan peruntukan mereka dengan ahli parti komponen yang lain,” kata Pn. Sabini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: