Bila sudah tiada Jodoh.

Dalam gambar hanya kelihatan En. John Mondolok (Ketua Cawangan Kalasanan Ibubai),
En. Murang (Sosopon), En. Sigoh (Skim B) dan En. Olok (Sumambu). Perhatikan
tidak ada individu lain sama ada ahli PBS lain bersama mereka.
Perhatikan juga envelop setebal 2mm berisi dokumen keahlian
yang kononnya mengandungi 760 ahli baru.
Tindakan En. John Mondolok keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan menyertai PBRS merupakan satu tragedi yang sepatutnya tidak berlaku.
“Penghijrahan beliau adalah satu kehilangan besar dalam parti ini,”  kata Setiausaha Bahagian, En. Alex. Menurut beliau, sebahagian Jawatankuasa Bahagian yang berbincang secara tidak rasmi pada 17 September 2009 ada membincangkan kedudukan beliau. Majoriti bersetuju untuk  mewujudkan kerjasama dengan mantan berkenaan. “Saya masih ingat bahawa En. Sabpinar ada mencadangkan agar En. John Mondolok  diberi gelaran darjah pada tahun depan (2010). Ketua Bahagian pada dasarnya bersetuju. Malangnya hajat ini tidak kesampaian.
“Pn. Isap iaitu isteri kepada Mantan Ketua Bahagian merupakan AJK Pergerakan Wanita yang dipilih dalam AGM 2009. Beliau sememangnya banyak kali cuba dihubungi untuk dijemput ke Mesyuarat Pergerakan Wanita. Sayangnya beliau tidak pernah memberikan respon atau menghadirkan diri.” kata Pn. Senuwati, Ketua Pergerakan Wanita PBS Bahagian.
“Kami berpendapat bahawa pertandingan dalam AGM merupakan perkara yang sihat. Pertandingan ini juga diamalkan di peringkat pusat. Sesungguhnya pertandingan ini adalah pertandingan dalam keluarga. Kalah atau menang adalah lumrah pertandingan. Janganlah kiranya yang kalah jadi abu.” ulas Pn. Sabini apabila menyampaikan Ucapan Pengerusi apabila mempengerusikan Mesyuarat Kali Pertama Bahagian pada 5 September 2009 yang lalu.
“Agaknya memang sudah tidak ada jodoh En. John Mondolok dan pengikutnya apabila mengambil keputusan meninggalkan PBS dan beralih perahu ke PBRS,” kata En. Julius ketika diminta memberikan komen tentang tindakan mantan berkenaan.
“Saya benar-benar kecewa dengan sikap mantan. Rupanya beliau tidak menjiwai perjuangan parti,” kata Datuk Raden semasa perkara ini disampaikan kepada beliau. “Sepatutnya beliau bertenang dan jika masih berminat, bolehlah bertanding pada masa akan datang,” sambungnya lagi dengan muka yang sedih.
Menurut laporan akhbar Utusan Borneo dan Pensianganpress yang diterajui PBRS; En. John Mondolok telah membawa bersama penyokongnya seramai 700 lebih dengan kira-kira 22 cawangan memasuki PBS. Tindakannya sebagai meneruskan perjuangan dalam membela kaum Murut dan berpendapat hanya PBRS dalam komponen BN yang boleh membela kaum Murut.
“Tak sangka envelop setebal tak sampai 2mm itu mengandungi borang keahlian seramai 700 lebih ahli baru,” kata En. Marsilus Roman, Setiausaha Eksekutif PBS Pusat ketika menerima laporan daripada Pn. Sabini. Menurut En. Anggoh pula, kesahihan jumlah dan bilangan cawangan berkenaan masih dipersoalkan.
“Kami telah menerima laporan dari pihak (spy) tertentu dan telah juga melihat gambar kejadian di Hotel berkenaan. Kami dapati hanya beberapa individu tertentu yang turut serta. Ada yang  turut serta kerana kononnya ada arahan semua ketua cawangan dijemput hadir aktiviti komponen BN,” kata En. Korom, Pegawai Penerangan Bahagian.
“Kita serahkan nama individu yang terlibat berkenaan dalam pertimbangan pihak Jawatankuasa Disiplin Parti di Pusat. Kita telah kemukakan laporan dan ulasan, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Ini hanya tindakan individu tertentu dan bukannya mewakili ramai. Kami juga sedang mengandakan usaha untuk menangani masalah berkenaan. Jangan fikir kami tidak tahu atau kami lemah, parti kita adalah parti yang ramai penyokong dan kepimpinan Bahagian sekarang ini boleh menangani isu ini dengan bijaksana. PBS masih mantap dan kita tidak akan memberikan ruang kepada usaha ‘endorse-endorse (perbuatan memasukkan nama seseorang ke dalam parti lain tanpa kebenaran empunya nama) seperti yang dilaporkan ‘spy’. Saya tidak percaya individu berkenaan sanggup berbuat demikian namun tidak akan menolak kemungkinan itu berlaku,” Kata En. Marusim, Penolong Setiausaha Bahagian.
“Kalau tiada jodoh, tak perlulah gaduh-gaduh. Kita nak rujuk dengan mereka, kita akan pujuk namun kalau sudah merajuk, kita tidak akan mengajuk,” kata En. Anggoh, Naib 1 Bahagian. “Niat kita jelas dan telus. Kita mahu mereka kembali ke pangkal jalan namun jika yang miang-miang keladi tidak diberi perhatian sepenuhnya, parti kita akan hancur.” Tegasnya lagi.
Menurut En. Julius pula, PBS Bahagian ini berada pada ‘track’ yang betul. Parti ini sangat aktif meskipun baru berusia 4 bulan. Ketika Ketua Bahagian dalam pantang dan terlibat dengan penjagaan bayi yang lahir pra-matang di Hospital Keningau pun, beliau masih meluangkan masa menjayakan Pertandingan  Memasak Makanan Tradisi Murut-Lundayeh. Beliau sangat prihatin dan ingin mencurah khidmat kepada Bahagian demi untuk PBS dan rakyat yang diwakilinya. Saya percaya jika bukan kerana kesulitan berkenaan, beliau tentu sudah ke kawasan Rundum, Kapulu, Katubu, Ungga dan Sumambu. Beliau bukan seorang yang seperti kacang lupakan kulit.”
Setakat ini difahamkan bahawa hanya Pn. Isap (AJK Pergerakan Wanita), En. Olok (AJK Bahagian) dan  En. Ansain (AJK Pergerakan Pemuda) yang menyertai PBRS. Manakala En. Sait Sukai (AJK Bahgian  yang  dilantik didapati mempunyai keahlian SAPP dan rupanya AJK Bahagian SAPP). Tindakan menyusup ke dalam PBS untuk memporak-porandakan PBS ini masih disiasat dan pihak Jawatankuasa Bahagian berharap kes En. Ansain dan En. Sait adalah tidak tepat dan berharap mereka tampil untuk membetulkan keadaan dan kembali berjuang dalam PBS.
Iklan, belilah buku tentang Tokoh Parti Bersatu Sabah, Joseph Pairin Kitingan di Amazon. Maklumat lanjut sila layari link di bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: