Mesyuarat Program Mini Kongres Kali 2

http://rcm.amazon.com/e/cm?t=parpbsn36k-20&o=1&p=8&l=bpl&asins=0425231445&fc1=000000&IS2=1&lt1=_blank&m=amazon&lc1=0000FF&bc1=000000&bg1=FFFFFF&f=ifrSebahagian ahli Jawatankuasa Bahagian PBS Kemabong dan Pemuda berkumpul di hadapan Hotel Asiarasa tempat mesyuarat dijalankan.
Sebahagian ahli Jawatankuasa Bahagian dan Pemuda
bergambar kenangan selepas mesyuarat.
Kelihatan En. Masirin yang menghidap sakit Gaout
masih berusaha menghadirkan diri walaupun kesakitan.

Ahad: 10 Januari 2010. Jawatankuasa Bahagian dan sebahagian ahli pemuda dan wanita tidak ketinggalan hadir mengikuti mesyuarat kali ke 2 Program Mini Kongres 2010. Menurut Puan Sabini Binti Ansumor, program ini sebelum ini dikenali sebagai Program Seminar Motivasi namun ditukar nama kepada Program Mini Kongres PBS Kemabong dimana pelaksanaannya mirip kongres pusat Parti Bersatu Sabah.

Difahamkan bahawa program ini sepatutnya diadakan pada bulan Disember 2009 namun memandangkan masalah teknikal yang tidak dapat diatasi maka program berkenaan ditunda ke tahun ini.

“Adalah sukar untuk melaksanakan program ini semasa ramai pesertya yang menjadi kumpulan sasar terlibat dengan aktiviti akhir tahun dan x’mas. Lagi pula ianya melibatkan kos penganjuran yang tinggi,” katanya ketika ditanya editor.

Salah seorang peserta, En. Rusih Ganang memaklumkan rasa berpuashati kerana pemuda dilibatkan dan turut diberi peluang untuk mengemukakan usul semasa program berkenaan. “Tiga kuota pengucap itu memadai dan akan dipergunakan sebaiknya untuk kebaikan parti.”

Encik Lusar selaku AJK Bahagian pula berharap peluang ini dapat menjawab kemusyikilan dan menaikkan semangat juang para pemimpin PBS. “Selepas sahaja pemilihan akhir bulan Ogos lalu, para perwakilan tidak berpeluang berkumpul. Apabila gagal bertemu dan memupuk persefahaman memang mudah bagi para musuh parti dan individu tertentu menabur fitnah atau memecah belahkan parti.”

Encik Florentius pula berharap dengan sikap telus dan keterbukaan PBS Bahagian menjemput para pemimpin BN seperti YB Datuk Raimie Unggi dan YB Datuk Rubin Balang akan memantapkan lagi kerjasama sesama parti komponen BN. Menurutnya, parti pembangkang seperti PKR, SAPP dan PCM akan mengambil kesempatan untuk merosakkan semangat BN seterusnya memancing undi.

Ketua Pergerakan Wanita, Puan Senuwati Esui pula berpendapat PBS Kemabong telah melangkah lebih drastik dengan memberi peluang semua pemimpin akar-umbi berdialog secara terbuka. “Ini peluang untuk mereka mengutarakan permasalah di peringkat bawah.”

Encik Julius Suab pula berharap Mini Kogres ini berjalan dengan lancar. “Perbuatan saling menjatuhkan lawan meskipun pemilihan bahagian telah berlalu adalah perbuatan tidak sihat. Perbuatan ini boleh memusnahkan parti. Marilah kita bersatu untuk kemajuan parti dan ke arah memperjuangkan rakyat, bukannya individu tertentu yang tidak serius pada perjuangan rakyat dan parti,” katanya dengan serius.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: