Sambutan Tahun Baru 2010

Berita bergambar sempena Sambutan Tahun Baru 2010 di Kg. Pamaluyan, Kemabong. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Bahagian PBS Kemabong, Pn. Sabini Ansumor. Majlis ini dianjurkan oleh penduduk Kg. Pamaluyan dan disertai oleh umat gereja Katholik dan SIB. Turut hadir memeriahkan acara berkenaan ialah umat Katholik Kg. Kalamatoi (Sugiang Lama) dan umat Katholik Kg. Gumisi.


Difahamkan turut dijemput ke Majlis ini ialah En. Sukimin Rukini (Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Kemabong). Walau bagaimanapun beliau tidak dapat hadir keranan turut menerima undangan yang dihadiri oleh wakil rakyat di Kg. Masanoi.
Pn. Sabini sedang memotong reben di pintu gerbang masuk ke Rumah Kebudayaan Kg. Pamaluyan.
Puteri Kg. Pamaluyan sedang menyematkan bunga rozet kepada En. Anggoh Mayah, Naib 1.
Pn. Sabini menerima cendera kenangan berupa seraung (topi tradisi) daripada En. Anduhut (Ketua Cawangan PBS, Kg. Pamaluyan), En. Bawaron (Ketua Kg. Pamaluyan) dan En. Robert (Pengerusi JKKK, Kg. Pamaluyan)En. Anggoh sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang acara tahun baru.“Tahniah…” agaknya itulah yang dinyatakan oleh En. Alex ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan bola sepak.Semasa majlis ini berlangsung, perbincangan dari hati ke hati sempat di adakan di antara Ketua Bahagian dengan pemimpin kampung dan gereja. Demikianlah kiranya pendekatan bermesyuarah yang diamalkan oleh Ketua Bahagian yang baru ini.


Kelihatan sebahagian daripada hadirin yang memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru berkenaan.


Hadirin sedang menari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh penyumbang lagu.

Persembahan penduduk Kg. Pamaluyan yang hadir di majlis ini. Kerjasama sememangnya teras kejayaan kampung.

En. Jamil bersama dengan rombongan dari Kg. Gumisi menyumbangkan persembahan. Keceriaan mengiringi ketibaan tahun baru.

Ketua Bahagian sedang menyumbangkan satu lagu rohani. Para hadirin sedang menari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: