PBS Kemabong anjur seminar gaharu.

Rabu, 23 Disember 2009.

Kemabong: Penanaman gaharu berpotensi untuk diusahakan dan boleh membantu penanam menambah pendapatan, demikian dinyatakan oleh Pn. Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS Kemabong ketika merasmikan Seminar Gaharu di Dewan Serbaguna Kampung Kalamatoi.
Seminar ini merupakan program anjuran PBS Kemabong, di mana penyertaan terbuka kepada penduduk berminat. Seramai 30 orang peserta menyertai seminar berkenaan. Difahamkan bahawa PBS mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang berbanding RM180 anjuran swasta.

“Subsidi yuran pendaftaran lebih-kurang 95% ini adalah bukti komponen BN prihatin kepada pembangunan komuniti. Saya terlepas mengikuti seminar seumpama ini beberapa kali kerana kurang mampu membayar yuran penyertaan,” kata Pn. Esther.

Ketika ditanya berkaitan perkembangan parti, Pn. Sabini memaklumkan bahawa PBS Kemabong baru 4 bulan diaktifkan semula. Walau bagaimanapun pelbagai aktiviti telah dilakukan termasuk menganjurkan Pertandingan Memasak Makanan Tradisi Murut-Lundayeh yang dirasmikan oleh YB Datuk Herbert Timbon Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna.
Beliau juga yang merupakan ahli Exco Wanita PBS Sabah menegaskan bahawa BN sangat prihatin dengan pembangunan dan perpaduan komuniti.
“Parti Komponen BN komited memperjuangkan kepentingan dan perpaduan kaum termasuklah kaum Murut. YB Datuk Rubin contohnya merupakan Presiden Persatuan Murut. Penerbitan Buku Kamus Murut pula adalah usaha pemimpin UPKO dan ADUN. Manakala PBS pula berjaya menganjurkan Pertandingan Memasak Makanan Tradisi Murut-Lundayeh. Keprihatinan ini turut dikongsi sama-rata dengan kaum lain.”
Dalam majlis yang sama, beliau telah menyampaikan hadiah Krismas berupa hamper kepada ketua-ketua cawangan dan wakil.

“Sebagai sebuah negara berbilang kaum, perayaan seperti Hari Raya dan Krismas dirayakan bersama. Konsep 1 Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri memang kena pada tempatnya.

“Saya mewakili PBS Bahagian, Pemuda dan Wanita mengucapkan selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2010.” Beliau turut mengucapkan terima-kasih di atas sokongan semua pihak dan berharap dapat berkerjasama demi kepentingan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: