Hamper X’mas dari Ketua Bahagian PBS

24 Disember 2009
Masa semakin suntuk namun tidak menghalang Ketua Bahagian PBS Kemabong, Pn. Sabini daripada menyampaikan hamper sebagai hadiah Krismas kepada Ketua-ketua Cawangan di bahagian berkenaan.

Ketua Bahagian menyampaikan hamper kepada En. Alixius, Ketua Cawangan Kg. Tolokoson.

“Kalau boleh, semua ahli dan ketua cawangan ingin saya hadiahkan dengan hamper, malangnya keupayaan saya terbatas. Para ahli dan ketua cawangan yang setia hendaknya janganlah berkecil hati dengan keterbatasan hadiah ini. Diharap masa akan datang mana-mana ketua cawangan yang belum memperolehinya akan diberi keutamaan. Para ahli pula, kita akan cuba tawarkan khidmat yang terbaik.” Kata beliau ketika diminta mengulas tentang keterbatasan hamper yang mampu disumbangkan.

Dimaklumkan hanya sekitar 55 buah hamper berjaya diserahkan daripada seramai 60 ketua cawangan. Selebih lima cawangan belum memperolehinya akibat kesukaran perhubungan atau masalah teknikal termasuk kekurangan kos. Difahamkan kesemua hamper berkenaan adalah sumbangan peribadi Pn. Sabini.

“Ada juga cawangan yang memohon peruntukkan sempena Krismas. Syukurlah hampir semua yang memohon telah diberikan peruntukan sebanyak RM100 setiap satu. Hanya cawangan Kg. Kungkular tidak dapat diserahkan kerana kekeliruan dari segi nama pemohonnya. Berdasarkan rekod kami, pemohon dari cawangan lain tetapi menggunakan nama cawangan lain. Semasa acara penyerahan peruntukan, pemohon berkenaan gagal dihubungi. Beliau berharap pemohon berkenaan tampil untuk menerima peruntukan mengikut cawangan asalnya.”

Ketika diminta mengulas berkaitan dengan ketua cawangan yang kononnya terlibat beralih parti, Pn. Sabini memaklumkan bahawa hasil siasatan awal, ianya melibatkan beberapa orang ketua cawangan sahaja.

“Secara dasarnya mereka terpengaruh dengan individu tertentu yang gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa parti. Adalah tidak adil untuk menganggap kepimpinan bahagian hilang kepercayaan kerana ianya baru berusia 4 bulan. Adalah sukar memenuhi keinginan individu di jawatan tertentu. Post jawatan adalah terhad, kita tak mampu meletakkan semua orang pada mana-mana post yang mereka minta. Lagi pula kita mengutamakan sebuah jawatankuasa yang boleh bekerjasama dan bersefahaman.”

Beliau menafikan bahawa PBS Bahagian sudah menerima peruntukkan pada masa ini. “Adalah mustahil untuk memperolehi peruntukkan dalam masa 3 bulan sahaja dari pengaktifan bahagian. Tentu sekali pihak ianya memerlukan sedikit masa untuk mengemukakan permohonan dan memproses peruntukkan. Setakat ini kita sedang mengurus dan menunggu jawapan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: