Pemimpin Bersama Rakyat

21 Disember 2009:

Beberapa ahli Jawatankuasa Bahagian PBS Kemabong telah meluangkan waktu ke beberapa kampung dalam kawasan N.36 Kemabong. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri beberapa kesulitan yang diadukan rakyat di kawsan ini.

Dalam lawatan ini, kampung-kampung yang dilawati ialah kg. lalang, kg. Malulutut, kg. Kaang, Kg. Alutok, Kg. Ulu Tomani, Kg. Bakuku, Kg. Mahunsop, Kg. kaparungan, Kg. Bangkulin, Kg. Mamaitom, Kg. Suguang Baru, Kg. Kalamatoi dan Kg. Mailo.

Gambar di atas menunjukkan keadaan jalan di salah satu tempat di Kg. Lalang-Kg. Malulutut.

Gambar menunjukkan keadaan jalanraya berdekatan dengan sawah padi di Kg. Kaang.

Kelihatan salah satu jalan diancam tanah runtuh.

Kelihatan sungai Ulu Tomani yang merentangi jalanraya ke Kg. Alutok. Jalan ini penting kepada penduuk untuk perhubungan dan memasarkan hasil pertanian serta mendapatkan perubatan.

Kelihatan persekitaran kampung di Kg. mahunsop yang mana jalanrayanya masih daif.

Kelihatan jalan teruk di lansut jalan ke Kg. bakuku.
Jalan yang teruk menyebabkan 4WD sahaja yang melalui jalan ini.
Penduduk yang terdesak akibat kedaifan jalanraya bertindak menyimen jalan dengan simen biasa kerana kenderaan kecil tidak dapat melalui jalanraya ini.
Salah satu pemandangan berhabuk di jalan Kg. Kaparungan-Kg. bangkulin.
jalanraya penting untuk pengangkutan seperti kelapa sawit di jalan Kg. Sugiang-Kg. Kalamatoi
Ini kalbut yang terdapat di Jalanraya Kg. kalamatoi-Kg. Contoh, Baru Jumpa. Ini merbahaya kepada pengguna jalanraya dan penduduk.
Keadaan astaka padang bola sepak Kg. Kalamatoi yang uzur.
Ketua Bahagian, Pn. Sabini sedang menunjukkan kerosakan Kalbut berdekatan dengan gereja SIB Mailo yang perlu dibaiki segera.

Menurut Pn. Sabini, kerajaan BN sebenarnya prihatin dengan kerumitan rakyat. Beliau percaya sebarang kesulitan berkaitan dengan kedaifan infrastruktur hendaklah di ketengahkan kepada pihak berkenaan. YB Datuk Rubin menurutnya merupakan pemimpin ADUN yang berpengalaman dan tentunya sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelurkan peruntukkan kepada rakyat. Sebagai ahli komponen BN, PBS akan turun ke padang untuk melihat permasalahan rakyat damn menyampaikannya kepada pihak YB ADUN dan Parlimen.

“Kita akan berjalan seumpama kenderaan pacuan empat roda. UMNO, PBS dan UPKO serta parti komponen yang lain akan bekerjasama memelihara kepentingan rakyat. Kita ada prosedur untuk tatakerja bersama bukan seperti pembangkang yang hanya tahu menyalak” katanya dengan penuh yakin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: