Pemantapan Parti dan Keahlian PBS

PBS Kemabong tidak sunyi dari bahang politik apabila Mantan Ketua Bahagian, En. John Mondolok Singa mengumumkan keluar parti dan menyertai PBRS. Menurut Pn. Sabini, pemergian En. John Mondolok merupakan satu kehilangan besar kerana beliau merupakan pemimpin yang banyak menyumbang kepada parti.
“Sebenarnya, kami ingin memberikan suprise kepada beliau dengan mencadangkan penganugerahan bintang yang akan dicadangkan kepada pemimpin pusat. Encik sabpinar telah memberikan ilham berkenaan dan kami ingin menunaikannya pada tahun depan. Nampaknya hajat kami tidak kesampaian,” kata beliau ketika diminta mengulas peristiwa berkenaan.
Kelihatan Ketua Cawangan Pn. Jorniah menyampaikan borang keahlian
kepada PKR, En. balsius.

Dalam masa yang sama beliau tumpang gembira apabila cawangan baru, Cawangan Kuala Sugiang menyertai PBS. Penerimaan cawangan ini disempurnakan oleh En. Balsius, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.35 Melalap mewakili Datuk Raden yang kini dilantik ke jawatan Naib Presiden Parti. Cawangan baru Jumpa pula kini dalam proses penyusunan dipimpin oleh En. Yus Basar dan di Kg. Inubai, sebuah lagi cawangan akan diaktifkan. Difahamkan setakat ini lebih kurang tujuh cawangan bakal diaktifkan atau ditubuhkan dengan keahlian sekitar 300 orang.
Kelihatan dalam gambar, Ketua Bahagian sedang berbincang tentang pengaktifan cawangan di Baru Jumpa.
Ini pula perbincangan penambahan keahlian di salah sebuah kampung yang lain di Kemabong yang berminat untuk menyertai PBS baru-baru ini.
“Kita akan pastikan cawangan dan keahlian yang ditubuhkan bukan atas hasil ‘endorse-endorse’ (keahlian atau penubuhan cawangan yang direka di atas kertas). Kita tidak mahu ini berlaku dalam PBS. Kita mahu keahlian PBS adalah hasil kerelaan dan kehendak individu itu sendiri.”

Menurut Pn. Sabini, Barisan Nasional memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum. Sebab itu penyertaan penduduk ke dalam parti komponen akhir-akhir ini meningkat. Sebagai contoh:

Datuk Rubin Balang adalah Presiden Persatuan Murut Sabah. Tan Sri Bernard Dompok, UPKO pula telah berjaya menerbitkan buku Kamus Bahasa Murut-Melayu-English dengan kerjasama PMS dan En. Lucas Umbul. Pn. Sabini Ansumor dari PBS Kemabong pula baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Memasak Tradisi Murut-Lundayeh yang dirasmikan oleh YB DSP Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri disampaikan oleh YB Datuk Herbert Timbon Lagadan Pembantu Menteri Pembangunan Wanita dan Hal-Ehwal Pengguna.

Ini menunjukkan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan parti-parti lain seperti UMNO, PBS dan UPKO tidak memperjuangkan kaum Murut sebagai ‘Gurauan Nakal’ dan berharap para pengundi sudi memerhatikan rekod setiap parti yang komited kepada perjuangan rakyat termasuklah kaum Murut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: